fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
OMEGA Menyanjung 20 Wanita Malaysia – Berkongsi Suara serta Pilihan Mereka
Tiga Jenama Lokal Reka Busana Buat Longines
Kilauan Berlian Richard Mille Nan Menggoda
DIAL UP! Gaya Ameera Khan berkilau mewah dengan Franck Muller Round Skeleton Baguette 31
Lady Arpels Ballerines Musicales
Home > GLAM Plus > GLAM Horologi > Aksesori Pilihan Sosialit: Simone Ng

Aksesori Pilihan Sosialit: Simone Ng

Simone Ng

Simone Ng menggayakan dress dari Burberry Prorsum. Rantai The Gatsby, cincin Chariot of Treasures dan anting-anting Duchess Diamonds semuanya dari Simone Jewels.


 
“I like wearble art. Stail saya agak bold. Jadi rekaan statement adalah pilihan utama langsung memberi simbol conversation piece.” Ini menjadi hala tuju kepada pemilik jenama barangan kemas Simone Jewels yang bertapak di Singapura ini. Jenamanya beroperasi sejak 11 tahun dahulu. Baginya wearable art mendefinisikan kombinasi yang sempurna antara perhiasan kemas dan pelaburan dalam bentuk yang lebih artistik. Berliannya juga diiktiraf dan datang dari pembekal yang sah dari Israel, Afrika dan Hong Kong manakala batu manikamnya diterbangkan khas dari Afrika, Myanmar dan Sri Lanka. Dia turut berkongsikan kisah berlian yang paling berharga pernah dimilikinya. “Pernah suami saya menghadiahkan  sebutir berlian sempena melahirkan anak pertama 14 tahun lalu. Cara pemberiannya cukup istimewa. Dia menyediakan CD video yang berkisarkan tentang air terjun, gunung dan alam semula jadi langsung mengenai bagaimana berlian dihasilkan. Berlian itu kemudiannya saya jadikan loket.” Berbicara mengenai wishlist, dia pantas mengatakan dia terlalu terpikat dengan warna unik yang dipancarkan melalui berlian paraiba dari keluarga tourmaline yang mahu dimilikinya suatu hari nanti.