Audemars Piguet Meraikan Wanita Kontemporari Dengan Royal Oak Edisi Terhad
Selepas empat dekad Royal Oak menjadi pilihan wanita yang sukakan elemen-elemen moden dan klasik, Audemars Piguet sekali lagi memilih pereka perhiasan Carolina Bucci bagi kejutan semula rekaan jam tangan kegemaran ramai itu.

Rona kuning keemasan bersinar terang dengan bantuan dail reflektik balik cermin bersaiz 37mm. Anda menyarungkan jam tangan mewah ini dengan penuh keyakinan. Wanita dan kemewahan rona emas tidak mungkin dapat dipisahkan.
Ternyata anda begitu menghargai rekaan terbaru jam tangan Royal Oak. Tekstur Frosted Gold pada bahagian gelang dan case pula membuatkan anda rasa sofistikated. Malah dipadankan dengan penampilan elegan atau gaya seharian.

Carolina Bucci
Ternyata Royal Oak Audermars Pigeut ini direka Carolina Bucci khusus meraikan golongan wanita yang moden dan kontemporari. Bucci menerangkan inspirasinya sebagai satu tindakan memberontak. Dihasilkan khas buat wanita yang spontaneous, true-to-life dan unapologetic.

Buat pertama kalinya kemasan 'diamond dust' pada 300 utas jam tangan edisi terhad ini ditampilkan dalam rona kuning keemasan.
Selain rona yang menarik perhatian ini, Bucci juga menekankan tarikan kepada dail unik pada setiap Royal Oak Frosted Gold ini. Dengan permukaan cermin yang jelas ini Bucci berhasrat untuk menghasilkan sesuatu yang menarik dan tidak dijangka.

"Ia merupakan pendekatan baru buat nama ikonik ini dengan imej seorang wanita kontemporari disampingnya. Saya kenali wanita-wanita yang menggemari aksesori sebegini dan pasti akan menyukainya. Cermin ini sentiasa berinteraksi dengan keadaan sekelilingnya, bertukar rupa mengikut pakaian anda, hiasan bilik anda diami, dan juga pencahayaan."
Artikel Berkaitan
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
Masa Terindah Ameera Khan Tatkala Beraya
Wanita Perintis Yang Menawan Langit: Kisah Berani ...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
