fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Fokus – Trend Dekorasi 2020
GLAM Horologi: Magis Rimba
Titip Idea Dekorasi Segar Sempena kehidupan Baharu
Kemuncak Malam Tahun Baru di Angkasa
Ekspresikan Kreativiti Anda Dengan Kuntuman Bunga Lego

Pembunuh Kebahagian Dalam Diam

Tidak dinafikan, kebahagian rumah tangga tidak mungkin dapat dicipta dengan khayalan mahupun kata-kata manis semata. Setiap pasangan suami isteri seharusnya tidak memandang enteng akan soal menjaga kesihatan mental kerana kehidupan yang sejahtera hadir apabila kesejahteraan mental tidak diabaikan.

Mencapai tahap kesihatan mental yang sempurna bukanlah sesuatu yang sukar. Pandangan dan sikap positif serta proaktif terhadap pasangan serta diri sendiri merupakan tunjang kepada kesihatan mental dalam perhubungan. Selain elemen kasih sayang, kejujuran dan keprihatinan dalam suatu perhubungan, intipati keharmonian perkahwinan dan kekeluargaan turut meliputi aspek-aspek komunikasi, rasa hormat terhadap satu sama lain, tolak ansur, serta mendidik di mana ia bersangkut paut pada kesihatan mental seseorang.

Usaha serta panduan yang tepat dapat menyinari kehidupan perkahwinan.  GLAM senaraikan beberapa faktor yang perlu dihindari agar kesihatan mental dapat mencapai keharmonian dalam perkahwinan dan kekeluargaan agar kebahagian terus menyinari kehidupan perkahwinan.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

2.Personaliti Negatif

Pembentukan personaliti negatif tidak akan memberi perkembangan kesihatan mental dan perhubungan yang baik bersama pasangan. Tidak hairanlah jika ia menjurus kepada kekurangan kemahiran melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri mahupun bapa atau ibu dalam sebuah keluarga itu. Galakan dan pujian dapat membentuk personaliti positif seseorang!

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse