Kata kunci yang diucapkan oleh dua legenda fesyen ini dan akan tetap mengisi akal mereka dalam merodong samudera fesyen. Sudah lebih dua dekad mereka memperkasakan fesyen lokal, jadi… what’s next?
Melinda Looi bersama-sama GLAM, membicarakan tentang pola era semasa dan memandang ke hadapan.
pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM arahan seni AMIIRUL ARIFIN penulis ARDI IDEWANI gambar ROBIN YONG/ONE3FOUR STUDIO solekan KF BONG dandanan JUNO KO
Rasa takut tidak lagi ditinggalkan berhabuk dalam jiwanya. Jiwanya kini tersedia menerima titik peralihan. Melinda Looi tidak mahu perasaannya umpama disaput kabut disebabkan oleh apa yang terjadi sebelum ini. Dia takkan ‘membatu’. Setelah bergerak secara solo, ia mengajar Melinda untuk lekas menjadi optimis dan lebih berkeyakinan tinggi. Dia merangkum dua sifat itu sebagai atribut. “Saya menjadi lebih fokus. Saya memusatkan perhatian pada hal-hal pengurusan terutama sekali hal bisnes,” jelas Melinda.
Kata-kata teman rapat banyak membantu. Nasihat-nasihat mentor mencetus semangat. Meneguhkan kematangan Melinda dan membulatkan tekadnya untuk terus mencuba yang terbaik. “Dua dekad dah usia jenama saya, masakan tidak ada apa yang membuatkan saya berasa seperti mahu memutarkan masa dan ubahlah apa-apa yang patut,” jelas Melinda. Namun, Melinda percaya apa yang telah terjadi ada sebabnya. Antaranya, ia membantu Melinda memperhalusi niat untuk menyusun semula bisnes. “I sort of like restart my engine and re-learn new things! That’s the best part… reinvent myself and of course, my brand!” Sambung Melinda.
“This is what fashion is all about. So many new things everyday. Fashion is crazy!” Kata Melinda. Perkara perih yang mungkin sedikit mencengkam diri Melinda adalah mengambil alih hal-hal kerja yang sebelum ini tidak pernah diuruskan olehnya. “Tidak mengapa. Nama pun ‘menyusun semula’ atau reinvent. Perkara bagus yang seeloknya dipelajari ini tidak harus saya ketepikan,” kata Melinda..
“Selepas ini Melinda Looi akan mendekatkan diri dengan bidang makanan pula!” Kata Melinda yang kedengaran seperti berita yang menggembirakan. Bila diajukan soalan mengapa bidang makanan, balasnya, “Simply because saya suka memasak. Tahun hadapan saya berhasrat untuk menggabungkan fesyen dan dunia makanan. Hey, bidang makanan juga seperti bidang fesyen ya. Kedua-duanya bersangkut paut dengan gaya hidup.” Iya, bidang makanan memang seakan-akan bidang fesyen – dari aspek bagaimana hasil masakan itu mencorakkan warna, cara potongan bahan-bahan atau menyusun makanan di atas pinggan.
Baca lanjut dalam GLAM September 2022.

MELINDA ULTRA-MODEN DISUNTIK SAMA NADA INDIVIDUALISTIK MEMAKAI ARLOJI POLO DATE WATCH, CINCIN SERTA ANTING-ANTING SEBELAH KIRI YANG DIPERBUAT DARI EMAS MERAH 18K CIPTAAN PIAGET.
I SORT OF LIKE RESTART MY ENGINE AND RE-LEARN NEW THINGS! THAT’S THE BEST PART… REINVENT MYSELF AND OF COURSE, MY BRAND! — MELINDA LOOIBusinesswise, dua tahun yang lepas amat mencabar. Mengalami kerugian dan bisnes tidak sebaik dulu… semua ini terpaksa diharungi oleh hampir semua bisnes jenama fesyen. Bukan sahaja Melinda. Tidak percaya pada taktik gerila atau tipu muslihat, Melinda jujur dalam menjalankan perniagaannya. Tidak mengapa seandainya sekarang, bisnes fesyen-nya mula ‘picking up’ secara perlahan. “Saya dikira bertuah kerana jika bisnes fesyen tidak memuaskan hati, ada benda lain yang boleh saya buat dalam memantapkan lagi jenama.. Contohnya projek-projek uniform, reka bentuk produk serta bidang makanan. Tidak mahu terikat dan berada dalam satu lingkungan sahaja.” Ada benar kata Melinda, sementelahan zaman sekarang. Yang menghendaki manusia untuk menjadi pintar dalam mengendalikan berbilang kerja atau bidang.

MELINDA ULTRA-MODEN DISUNTIK SAMA NADA INDIVIDUALISTIK MEMAKAI ARLOJI POLO DATE WATCH, CINCIN SERTA ANTING-ANTING SEBELAH KIRI YANG DIPERBUAT DARI EMAS MERAH 18K CIPTAAN PIAGET.
Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Steffi Sidhu
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
