fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Bintang Korea Selatan, Sulli Ditemui Mati Di Kediamannya
SHIKIN GOMEZ
Emma Corrin: Ikon Fesyen IT Girl!
Filem Baru Cara Delevingne: The Face of an Angel
Lucky Ladies! Kenali Suami-Suami Tampan Selebriti Wanita Popular Tanah Air
Home > GLAM Societe > SURAYA YEOP JR

SURAYA YEOP JR


Suraya memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perhubungan Awam di syarikat milik kakaknya, Selina Yeop Jr. Kemudian dia menerima tawaran bekerja di Media Prima dalam bidang perhubungan awam sebelum ditawarkan menjadi hos. Setelah tamat kursus pendek pengacaraan dibawah tunjuk ajar Nurfarahin Jamsari, dia mula menjadi pengacara untuk rancangan Wanita Hari ini yang bersiaran secara langsung. Kerjaya yang bermula pada tahun 2009 itu tidak dilakukan secara sepenuh masa tetapi mengambil keputusan untuk berehat seketika setelah melahirkan anak pertama. Namun pada masa sama dia turut melakukan beberapa rancangan televisyen lain secara bebas juga kerja-kerja perhubungan awam bersama agensi milik kakaknya secara berkala berdasarkan projek. Kini memiliki perniagaan hiasan dalaman sendiri jenama LuxS bersama rakan baiknya Linda Uzir.  Berbicara mengenai individu yang menjadi inspirasi buat wanita ini, Suraya mengagumi Greg Natale yang baginya bijak menyuai padan pelbagai elemen berbeza.