Global Getaway Teras Utama Koleksi Bunga/Panas ’19 Michael Kors

Gambar Larry Busacca/Getty Images for Michael Kors
Rona menarik seperti biru laut, tembikai, dan lemon menyerikan penggunaan corak yang menarik. Bermain dengan motif abstrak, imej grafik, madras plaid, dan aneka fabrik juga turut melengkapi koleksi musim bunga/panas 2019 Michael Kors. Terus memberi nyawa kepada konsep “Global Getaway” yang melambangkan golongan wanita yang gemar mengembara.
[envira-gallery id=”83679″]
Menggunakan aura yang wujud di Pier 17, New York, Kors menggunakan hasil karya seni artis Australia, Christina Zimpel. Karya-karya yang menghiasi perkarangan Pier 17 sewaktu persembahan koleksi tersebut turut membantu menterjemahkan visi Kors untuk koleksi ini.
[envira-gallery id=”83678″]
“Saya inginkan pertunjukan ini ibarat satu global getaway. Saya menganggap pengembaraan sebagai satu sumber inspirasi utama dan koleksi ini diinspirasikan oleh setiap destinasi pengembaraan saya. Malah membuat pertunjukan di Pier 17, sebuah lokasi yang menekankan sifat sebuah pulau sambil dikelilingi hasil karya Christina Zimpel yang optimis dan berwarna-warni, merupakan cara paling baik untuk memberikan gambaran visi saya untuk koleksi ini.”
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

