Loading media...

Unable to load content
7 Gaya Pelakon Gadis Kretek, Dian Sastrowardoyo Pilihan GLAM
Fesyen Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 38 #AJL38
15 Gaya Emmy Awards 2023 Terbaik Pilihan Glam
Scha Alyahya Meraikan Kehebatan Wanita Sedunia Dengan Salvatore Ferragamo
5 Stail Selebriti ‘TO LOOK FORWARD’ in 2024
Home > Fesyen > Semarak Jiwa Urban Braun Büffel Jelas Ternyata Buat Koleksi L/S ’18

Semarak Jiwa Urban Braun Büffel Jelas Ternyata Buat Koleksi L/S ’18

[envira-gallery id=”83554″]

Mengambil kegemilangan era Studio 54, Braun Büffel menerapkan sanubari era tersebut sebaik mungkin ke dalam koleksi Luruh/Sejuk ’18 mereka. Buat koleksi wanita dan lelaki, curahan palet rona mewah seperti burgundy Bordeaux , hijau gelap dan biru laut mengatur seiring rona-rona kaleidoskop dengan pengaruh karya Andy Warhol yakni melahirkan koleksi ini.

 

Menggabungkan elemen siluet minimal dengan glamor klasik, Braun Büffel menzahirkan koleksi lelaki mereka dengan inspirasi gaya jalanan urban New York era 70-an. Yakni zaman yang menyaksikan kelahiran utopia kreatif  terdiri daripada artis dan pemuzik underground sebagai pemangkin utama dinamik eklektik dan kemajuan budaya hip-hop. Setiap rekaan dan perincian mewah melambangkan keterampilan dan jiwa lelaki Braun Büffel — sleekmodern, dan  carefree.