Panduan Penjagaan Kulit Pada Bahagian Intim Wanita
MAHU ASAH SKIL ‘STROBING’? KETAHUI ISI ‘STARTER KIT’ YANG SETIAP WANITA PERLUKAN!
Rahsia Kecantikan Kulit Dua Lipa: Produk Hebat dari Augustinus Bader
5 Cara Mudah & Berkesan Untuk Mengatasi Siku Hitam
Tiru Rutin Penjagaan Kulit Yuna

Godaan Wangian Dua Personaliti Coco Mademoiselle Versi Baru


Menggabungkan perwatakan dan azam Coco dengan godaan Mademosielle, Chanel memperkenalkan wangian ikonik mereka, Coco Mademoiselle yang personanya dihidupkan oleh aktres Keira Knightley dengan pembaharuan yang telah dibawa kepada wangian ini.

 

Mengekalkan rekaan botol yang diminati ramai, Chanel memberikan upgrade kepada Coco Mademoiselle yang Intense. Tanda wangian oren Sicilian dan bergamot yang membuatkan wangian ini menjadi pilihan ramai dikekalkan. Penghasil Wangian Chanel, Olivier Polge, meningkatkan lagi status wangian ini dengan menambah daun nilam, kacan tonka, dan vanila untuk memberikan bau yang lebih menawan.

 

Menyeru semula bintang Coco Mademoiselle sejak 10 tahun yang lalu, Keira Knightley juga membawa watak dua personaliti yang diterapkan ke dalam dasar wangian ini.

 

"Saya merasakan wangian Coco Mademoiselle ini lebih jelas wangiannya. Versi asli lebih tenang manakala versi baru ini pula lebih dramanya."

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse