Related Stories
HABIB Lancar Koleksi Terkini Rantaian Kasih Di Aidilfitri 2024
HABIB meneruskan legasi menyanjung khazanah warisan budaya Malaysia. Tahun ini, bertemakan Anyaman, HABIB sekali lagi mengetengahkan ikatan kekeluargaan yang erat sempena kempen Hari Raya yang diberi nama, Rantaian Kasih.
Baru-baru ini, jenama barang kemas mewah HABIB telah mengadakan majlis pra pelancaran koleksi Rantaian Kasih 2024 berserta memperkenalkan Duta Raya 2024. Bertempat di Hotel St. Regis Kuala Lumpur, majlis dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan istimewa, rakan media serta selebriti tanah air. Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib dan seterusnya tetamu diraikan dengan persembahan nyanyian daripada Hardy Arbi dan Wany Hasrita yang cukup istimewa.
Bukan sekadar memperlihatkan koleksi istimewa ini, para tetamu yang hadir turut tidak sabar untuk menantikan pengumuman duta terkini kempen Raya 2024. Kali ini, jenama lokal ini memilih Amyra Rosli bersama keluarganya, Sharifah Rose dan Ezzanie Jasny sebagai wajah terkini mereka. Hadir dalam latar belakang berbeza, HABIB sangat menitikberatkan aura dan karisma sewaktu pemilihan wajah kempen, dan memastikan mereka dapat menggayakan barangan kemas dengan baik. Kesemua duta merupakan individu yang mempunyai semangat yang tinggi serta personaliti yang baik dan disenangi ramai. Gabungan duta-duta raya pada tahun ini menambahkan kemeriahan dan melengkapi konsep Rantaian Kasih 2024.
Peminat setia HABIB pastinya tahu akan Koleksi Oro Italia 916 yang cukup popular. Kali ini, mereka hadir dengan gaya yang lebih terkini dan berwarna-warni. HABIB juga menampilkan pelbagai koleksi eksklusif berlian, termasuk rekaan yang diinspirasikan seni anyaman yang menitikberatkan daya ketelitian dan sentuhan kehalusan pada coraknya. Koleksi anyaman ini dipadankan bersama mutu emas 750 (18K), untuk memastikan kekukuhan berlian yang ditatahkan memancarkan kilauan yang sempurna di Hari Lebaran.
Jangan lupa untuk kunjungi butik HABIB dan mendekati koleksi serta kempen terbaharu daripada jenama ini bermula 12 Mac sehingga 9 April 2024!
Dato Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB bersama Amar Baharin, Amyra Rosli, Ezzanie Jasny, Sharifah Rose, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa
Istimewanya koleksi Raya kali ini adalah di mana jenama ini memilih untuk mengetengahkan seni warisan anyaman sebagai inspirasi utama koleksi ini. Dato’ Sri Meer Habib berkongsi, “Dalam pada kita meraikan hari lebaran, jenama kami memegang tanggungjawab untuk memelihara warisan berzaman dan memupuk orang ramai untuk terus menghargai kehalusan seni masyarakat Melayu. Justeru, kami membawa tema anyaman untuk kempen raya kali ini bagi menghidupkan kembali seni warisan dan memastikan ianya tidak tenggelam ditelan zaman. Silangan rapi dan ketelitian pada setiap sisi anyaman melambangkan ikatan kekeluargaan, tradisi dan kekayaan budaya, dan ianya sangat sinonim dengan Kempen Raya kami, yang dikenali sebagai Rantaian Kasih.”
Bukan sekadar memperlihatkan koleksi istimewa ini, para tetamu yang hadir turut tidak sabar untuk menantikan pengumuman duta terkini kempen Raya 2024. Kali ini, jenama lokal ini memilih Amyra Rosli bersama keluarganya, Sharifah Rose dan Ezzanie Jasny sebagai wajah terkini mereka. Hadir dalam latar belakang berbeza, HABIB sangat menitikberatkan aura dan karisma sewaktu pemilihan wajah kempen, dan memastikan mereka dapat menggayakan barangan kemas dengan baik. Kesemua duta merupakan individu yang mempunyai semangat yang tinggi serta personaliti yang baik dan disenangi ramai. Gabungan duta-duta raya pada tahun ini menambahkan kemeriahan dan melengkapi konsep Rantaian Kasih 2024.
Peminat setia HABIB pastinya tahu akan Koleksi Oro Italia 916 yang cukup popular. Kali ini, mereka hadir dengan gaya yang lebih terkini dan berwarna-warni. HABIB juga menampilkan pelbagai koleksi eksklusif berlian, termasuk rekaan yang diinspirasikan seni anyaman yang menitikberatkan daya ketelitian dan sentuhan kehalusan pada coraknya. Koleksi anyaman ini dipadankan bersama mutu emas 750 (18K), untuk memastikan kekukuhan berlian yang ditatahkan memancarkan kilauan yang sempurna di Hari Lebaran.
Jangan lupa untuk kunjungi butik HABIB dan mendekati koleksi serta kempen terbaharu daripada jenama ini bermula 12 Mac sehingga 9 April 2024!
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
