Helmut Lang Kembali Ke NYFW Dengan Solekan Suntikan 90’s
By
Julia Azman
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full Bio|
Sep 15, 2023
Jenama Helmut Lang yang popular di zaman 90’s kini membuat comeback di Minggu Fesyen New York. Malah, GLAM ingin membicarakan tentang trend kecantikan yang dibawa oleh jenama ini bersama koleksi terbaharu mereka!
Jika anda masih ingat, jenama Helmut Lang yang zaman kegemilangannya pada tahun 90-an telah membuat kemunculan semula.
Untuk penampilan sulungnya di Minggu Fesyen New York Musim Bunga/Panas 2024, pengarah kreatif Peter Do sememangnya berjaya menghasilkan koleksi yang cukup memukau.
Begitu juga dengan trend kecantikan yang dibawa bersama ketika di pentas peragaan. Peter Do memberi suntikan elemen 90’s dengan gabungan rupa kecantikan yang merangkumi idea masa hadapan sambil merujuk ke masa lalu.
Peter Do yang menyukai era 90-an menginginkan sedikit nostalgia dan tenaga New York lalu mencipta penampilan kecantikan Helmut Lang yang baharu. Anda akan sangat menyukai sentuhan seni kuku yang dibawa oleh jenama ini!
Abjad atau logo Helmut Lang dieja pada setiap jari, memberikan estetika yang kelihatan ringkas tetapi stylish.
Pakar manikur Jin Soon Choi telah menghabiskan beberapa minggu di makmalnya, mencipta warna pengilat kuku tersuai untuk Peter mengikut rujukannya. Untuk penampilan kuku cantik yang go-go ini, model memakai gabungan pengilat kuku 90-an yang dicampur iaitu produk kuku daripada JINSoon.
Untuk gaya rambut pula, penggaya rambut terkenal bernama Jawara mencipta gabungan konsep rambut yang cool, beautiful dan chic. Peter Do melihat pertunjukan landasan gaya rambut 90’s masih relevan. Suntikan elemen 90’s dipadankan dengan kemasan moden, hasilnya model kelihatan memperagakan koleksi baju dengan gaya rambut yang padan sekali!
Jawara turut menggunakan gabungan Gel Anti Kelembapan Curl-Oil serta Surf Spray (produk throwback zaman 90-an) ketika pertunjukan berlangsung. Model seperti Lineisy Montero dan Dilone mengekalkan gaya rambut keriting mereka, manakala yang lain menggayakan rambut mereka yang ditiup lurus.
Sebagai pengarah kreatif Helmut Lang yang baru dilantik, Peter Do mempunyai satu tugas yang tidak begitu mudah. Mengemas kini jenama fesyen yang sudah dilabel hebat, membuatkan pengarah kreatif ini sememangnya mempunyai vision yang tinggi.
Menggabungkan estetiknya sendiri dalam koleksi sulungnya di Helmut Lang, Peter Do memberikan trend kecantikan yang mengagumkan ramai and of course, he nailed it!
Artikel Berkaitan: Trend Kecantikan Pilihan Glam di Minggu Fesyen New York Musim Bunga/Panas 2020
Trend Kecantikan Yang Dibawa Helmut Lang di Minggu Fesyen New York
1. Solekan Mata Grunge
https://www.instagram.com/p/Cw8rrhQOKp4/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA== Jurusolek Daniel Sallstrom bekerjasama dengan M.A.C Cosmetics memberikan trend kecantikan yang grunge dan toughness. Celak menjadi tumpuan utama yang diadunkan dalam solekan mata. Terdapat pelbagai reka bentuk celak, daripada gaya bulat punky 70-an kepada celak lurus tajam dengan pelbagai warna seperti kuning, putih dan fuchsia. MAC Chromacake dan MAC Acrylic Paint telah digunakan untuk mengukir celak yang seumpama setajam pisau. Selain itu, tiada bedak asas, concelear, mascara mahupun pemerah pipi digunakan bagi mengekalkan rupa raw yang diingini. Ternyata, solekan mata ini menjadi konsep kecantikan yang tampak berani dengan usaha yang sedikit.2. Seni Kuku Abjad

Foto: Elle
3. Gabungan Gaya Rambut Moden dan 90-an

Foto: Models.com
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
