Ini 4 Interpretasi Rasa Libur Sebenar
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full BioMencerminkan semangat ibu kota Thailand yang tidak dapat disangkal, kata ajaib “Anything but Standard” kini berlabuh di Bangkok! Lokasi libur sebenar yang diterjemahkan kepada keunikan rasa, menu unik di enam ruang makanan dan minuman juga lokasi memecahkan gaya hidup lama kepada yang baru.
Lihat sahaja pada logo yang unik (terbalik), sudah boleh kita jangka ia satu jenama lain dari yang lain! Apatah lagi kala menyebut namanya, anda pasti dapat membayangkan keunikan lokasi percutian yang stylish dan penuh warna kontra ini. Diperkenalkan pada mulanya di Hollywood, The Standard kini telah menembusi lokasi di seluruh dunia termasuk di New York, Miami, London, Maldives dan Hua Hin, Ibiza dan jenama utama Asia, The Standard, Bangkok Mahanakhon. Khabarnya Hotel Standard di Lisbon, Milan, Melbourne, Singapura, Dublin dan Brussels sedang dibangunkan ketika ini!
GLAM sudah lama mengagumi perintis jenama penghotelan yang kian mendapat kunjungan tetamu bercitarasa tinggi ini. The Standard mengambil berat gaya estetik dan menyampaikan pengalaman yang hanya ada di The Standard Hotels. Bukan itu sahaja, kepekaan mereka berjaya mengabungkan ketelitian reka bentuk dan butiran perkhidmatan menaikkan lagi reputasinya sebagai perintis dalam bidang perhotelan, pengembaraan, masakan juga tawaran acara malam yang cukup luar biasa!
Sebaik menerima berita pembukaan The Standard, Bangkok Mahanakhon Ogos lalu, kami di GLAM turut teruja kerana ia berada semakin hampir dan berharap ia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Dengan kehadiran 155 bilik dan suite serta lokasinya yang bertempat di pusat bandar Bangkok, tempat penginapan ini menawarkan percutian yang sempurna ke Old Town, di mana pelbagai tarikan kebudayaan dan pemandangan seni yang dinamik menanti tetamunya! Lebih menarik, The Standard, Bangkok memanfaatkan seni bina bangunan ikonik King Power Mahanakhon langsung membawa gabungan budaya, reka bentuk, hiburan dan hospitaliti signature jenama itu ke Thailand.
Rasa libur sebenar pada pandangan GLAM adalah...
Libur Sebenar : Rest and Play
Bilik dan suite di The Standard, Bangkok Mahanakhon yang bersahaja mengimbangi sentuhan glamor dan berani, lihat sahaja di bar yang bercahaya lembut berbalas perabot gaya retro. Jika anda mahu bersantai di The Pool, di mana hidangan ringan, koktel yang dikraf istimewa berasaskan tumbuhan yang sihat dalam suasana sosial ditawarkan di sini usai singgah dari pusat kecergasan 24 jam yang bergaya. The Standard Gym dilengkapi pemandangan bandar, cahaya semula jadi dan peralatan senaman terkini dari CLMBR dan PELOTON, serta pelbagai kelas kumpulan yang istimewa, termasuk latihan ketahanan intensiti tinggi hinggalah senam aerobik Hollywood.Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT





