Loading media...

Unable to load content
Gigi Hadid Dedah Hubungan Bersama Bradley Cooper Pada Hari Lahirnya
G-Dragon Dilantik Sebagai Professor Khas di KAIST, Korea
Kendall Jenner Tayang ‘Anugerah’ Teman Lelaki, Devin Booker
Siapa Bad Bunny? Fakta Menarik Tentang Ikon Latin yang Mengubah Wajah Budaya Global
Rutin Harian Qalisha Ray Menjadi Lebih Mudah dengan Volvo EX30

Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Met Gala 2023

Met Gala 2023 bakal berlangsung pada 1 Mei 2023 di New York. Tahun ini temanya 'In Honor of Karl", siapakah yang bakal hadir melewati karpet merah acara berprestij ini?

Pameran Institut Kostum menampilkan tema "Karl Lagerfeld: A line of Beauty" untuk tahun ini bertujuan meraikan karier dan kehidupan lagenda fesyen, mendiang Karl Lagerfeld. Seperti yang diketahui, mendiang yang meninggal dunia pada tahun 2019 di saat usianya mencecah 85 tahun ini banyak menabur bakti memperkasakan lagi jenama-jenama hebat seperti Balmain, Chloé, Patou, Fendi dan Chanel. Di pameran ini, lebih daripada 150 kostum akan dipamerkan disamping hasil kerja lakaran-lakaran yang pernah dibuat Lagerfeld.

Untuk tahun 2023 ini, Met Gala akan dihoskan oleh Penélope Cruz, Michaela Coel, Roger Federer, Dua Lipa juga Anna Wintour. Turut menyaksikan ratusan teman rapat mendiang yang bakal hadir sebagai tetamu penting dan bakal mempersembahkan busana yang terinspirasi daripada tema "In Honor of Karl" ini.

Apakah Itu Met Gala?

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apakah yang biasanya berlangsung di dalam Met Gala?

Apa yang terjadi di dalam acara gala ini adalah satu rahsia. Tiada siapa dibenarkan untuk memegang telefon masing-masing sepanjang malam gala ini. Tiada muatnaik secara langsung di media sosial kecuali foto-foto rasmi. Ini adalah polisi ketat acara gala ini. Tetamu yang hadir juga biasanya terdiri daripada penghibur berprofil tinggi seperti Rihanna. Secara asasnya, kesemua tetamu yang hadir akan menyaksikan serta mendalami pameran ini kemudian mereka akan duduk bersama untuk acara makan malam.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse