Loading media...

Unable to load content
H&M Summer 2021, Mendorong Inovasi Kelestarian
Koleksi Resort 2019 Tribute Kepada Legasi Max Mara
Barisan Selebriti Yang Hadir Ke Milan Fashion Week Spring 2025
Mengapa Cincin Tunang Selebriti Selalu Mencuri Perhatian?
Pelakon The Hunger Games Memukau Di Tayangan Perdana Mockingjay
Home > Fesyen > Inspirasi Gaya Field Sneakers

Inspirasi Gaya Field Sneakers

Oleh & Penyelaras: Julia Azman

Arahan Seni:Mohd Fairuz Airiam

Gambar: Danial Lai
 
Burberry Backstage
 
Langkah sporty telah menjadi penggalas dalam peragaan musim luruh/bunga 2015.  Malah, siluet rekaannya berubah menjadi dimensi yang lebih menarik di samping palet warna terang. Apabila Christopher Bailey membawa perubahan ketara daripada pentas peragaan hingga ke rangkaian koleksi untuk Burberry Prorsum ternyata memberi satu titik noktah luar biasa serta percikan cetakan unik mengundang pelbagai reaksi. Koleksi Field Sneakers kini menjadi item pilihan golongan fesyen kala mereka bergaya kasual.
 
GLAM menyenaraikan tips memilih kasut sneakers yang sesuai dengan kaki anda.

  • Ukur saiz kaki dengan tepat. Kasut jenis sneakers ini memerlukan ruang yang besar berbanding kasut normal bagi keselesaan kaki untuk bersukan mahupun berjalan.
  • jika hendak membeli sneakers, cuba terlebih dahulu kasut bersama stokin. Selain itu, pastikan ia mempunyai sedikit ruang agar kaki berada dalam keadaan selesa di samping mengelakkan tumit melecet.
  • Kenal pasti tujuan anda membeli kasut sneakers. Kerana setiap rekaan mempunyai keistimewaan yang berbeza samada ke aktiviti senaman atau sekadar melangkah di jalanan.
  • Walaupun harga sepasang sneakers lebih mahal berbanding kasut normal, namun anda hendaklah kerap menukarnya demi menjaga kesihatan kaki.

 
sneakers