See Also
Melihat romantisnya perkahwinan hujung tahun dua pelakon filem Hindi Priyanka Copra dan Deepika Padukone, semestinya pasangan berdarah manis mula merancang perkhawinan 2019.
Seandainya anda masih ragu hati mahu memilih busana pengantin, tema perkahwinan, aksesori pelaminan dan jamuan di hotel, apa kata anda hadir ke Bridal Fair 2018 anjuran Sunway Putra Hotel pada 16 Disember bermula 10 pagi sehingga 7 malam di Tingkat 9, Grand Ballroom di hotel tersebut. Pastinya keraguan hati terjawab dengan kolaborasi lebih 25 organisasi berkaitan perkahwinan.
Ruang Meet-On-35 sesuai bagi anda yang impikan perkahwinan meriah disambut bersama keluarga dan sahabat handai. Ruang indah berlatarkan panorama kota Kuala Lumpur ternyata memberikan panorama indah. Setiap kemudahan seperti hiasan asas termasuk menu hebat mengikut selera anda seperti sajian Melayu, Cina, India atau barat.
Atau pilih sahaja Grand Ballroom yang mampu memuatkan 1,200 orang dengan tempat duduk theatre-style atau 800 orang dengan tempat duduk banquet-style. Ternyata banyak aktiviti menarik menanti anda. Selamat Pengantin Baru!
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
