Inspirasi – Sentuhan Feminin Elegan Katharine Pooley
Bagi yang tidak mengenali Katharine Pooley, dia memegang portfolio selama 15 tahun dalam industri untuk rekaan ruang komersil, kediaman peribadi, vila percutian, hotel dan ruang profesional termasuk mereka bentuk semula Suite Royal Terminal 5 di Lapangan Terbang Heathrow, London, Mayfair Residence, Kuwait Villa, lounge jet peribadi, The Cachet Boutique Zhejiang Circuit Hotel, China dan The Clarence at St James House di London antaranya. Mari lihat sentuhan feminin Katharine Pooley.


Katharine mengatakan dia banyak menggunakan emas dan ivory (putih gading) – digabungkan dengan kemasan mewah seperti porselin, kuarza, shagreen dan kristal. Pasu Verona dan mangkuk Lotus Firebowl, bingkai gambar kiub adalah aksesori yang dia akan ulangi kerana ia cukup klasik elegan. Katharine sukakan warna padu sebagai aksen dalam aksesori tetapi sentiasa memasukkan elemen metalik dan monokrom bagi mencipta estetika keseluruhan segar dan moden.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
