Loading media...

Unable to load content
Pengalaman Wangian Bersama GLAM Beauty Club X Gucci Flora
GLAM Kongsi 5 Skrub Yang Melicinkan Dan Melembutkan Bibir
Cara Terbaik Untuk Kecilkan Liang-Liang Pori Tanpa Belanja Besar
Karpet Merah Di Anugerah BAFTA 2016
Gambar Rasmi Pembaptisan Puteri Charlotte
Home > GLAM Life > Aktif > It’s Okay Not To Wear Face Mask If You Are Healthy!

It’s Okay Not To Wear Face Mask If You Are Healthy!

Di saat wabak Covid-19 yang semakin merebak, ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerap membasuh tangan, mensanitasikan tangan serta memakai topeng muka apabila berada di rumah. Namun, dek kekurangan bekalan topeng muka, ramai yang gusar dengan keadaan ini, risaukan akan virus akan menjangkiti mereka sekiranya tidak memakainya. Jangan risau! It’s okay not to wear face mask if you are healthy!

Here’s why! Memetik laporan BH Online, Pakar Penyakit Berjangkit iaitu Datuk Dr Christopher Lee menyifatkan masyarakat perlu memainkan peranan untuk menyimpan bekalan topeng (mask) bagi kegunaan pekerja kesihatan yang lebih memerlukan. Jelasnya, anda hanya perlu memakai pakai topeng penutup hidung dan mulut jika anda tidak sihat dan terpaksa keluar ke tempat awam bagi meminimumkan risiko kepada individu lain tetapi jika anda boleh hanya duduk di rumah, itu lebih baik.

“Selain itu, saya rasa tiada keperluan untuk orang awam yang sihat untuk menggunakan topeng penutup hidung dan mulut kecuali jika mereka menjaga ahli keluarga yang tidak sihat di rumah. Seeloknya bekalan topeng penutup hidung dan mulut itu diperuntukkan kepada pekerja kesihatan yang lebih memerlukan, bagi mereka yang sihat, cuba jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter atau hindari tempat yang ramai orang.”