J12: The New Look

DALAM MERAIKAN KOLEKSI JAM TANGAN J12 CHANEL YANG KE-20 TAHUN INI MEMBERIKAN HEMBUSAN BARU DALAM TEKNOLOGI PEMBUATANNYA NAMUN MASIH MENGEKALAN ESEN PENTING JAM TANGAN KLASIK CHANEL.
Jika tiada celanya, mengapa perlu diubah lagi? Itu menjadi satu asas penting di Chanel yang sudah punya barisan ikon tanpa cacat celanya.Siapa mampu menidakkan kehalusan seni jaket tweed mereka mahupun betapa kemasnya beg kulit yang diserikan dengan seni jahitan kulit. Hanya diberikan idea baru untuk menambah seri produk ikon Chanel ini. Maka tidak mustahillah buat jam tangan ikonik mereka juga masih mengekalkan perincian utama tanpa mengubah cita rasanya.
Pertama kali dilancarkan pada 2000 dengan hasil rekaan Jacques Helleu, J12 ini hadir dalam seramik hitam dan empat tahun kemudiannya dengan simbahan rona puith. Kini meraikan ulang tahun ke-20 tahun buat koleksi jam tangan J12 Chanel, Arnaud Chastaignt selaku Pengarang Seni Rekaan jam tangan Chanel memberi sedikit anjakan pada rekaan. Permukaan dail jam tangan dibesarkan serta indeks nombor juga digubah dalam rekaan lain serta dibuat menggunakan seramik.
Dail jam juga ditambah dengan cetakan Automatic dan Swiss Made menggunakanfon yang sama dengan Chanel. Kekal dengan rekaan yang kukuh pada gelang tangan wanita, J12 yang baru ini muncul dengan ketebalan yang baru namun bersama kemasan sisi yang lebih membulat. Teknologi jam ini dicanggihkan bersama 12.1 gerakan automatic kaliber hasil ilham Suisse Kenissi Manufacture.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya Anda?
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis Vuitton Color Blossom
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk Haruman
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
Apr 21, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna!
Apr 21, 2026

