Loading media...

Unable to load content
Mengubah Arus Trend Mengangkat Khir Khalid Sebagai Jurusolek A-List
Gigi Putih Berseri Dalam Masa 20 Minit
GOLDEN GLOBES 2023: 10 Aktres Paling Cantik Pilihan GLAM
Perhiasan Kepala Trend Met Gala 2015
Eksklusif : Elle Fanning, Wajah Baharu FAME oleh Rabanne
Home > Cantik > Kecapi Kulit Cerah Berseri

Kecapi Kulit Cerah Berseri

Impian memiliki kulit wajah cerah berseri bukan lagi satu dilema. Apatah lagi dengan pemanasan global, gaya hidup yang sibuk dan pencemaran  yang menjadi punca utama kepada kulit kusam. KOSÉ tampil dengan memperkenalkan produk pencerahan berteknologi hasil dari penyelidikan bersama Kurume University School of Medicine.

 

One By Kosé Melanoshot White adalah serum pencerahan yang pertama di Jepun, yang dihasilkan oleh Kosé  menerusi analisis 3D pada pembentukan bintik gelap. Penyelidikan ini menemui hasil bagaimana untuk menghentikan proses pembentukan melanin yang tidak diingini di sumbernya dengan mengkaji pemindahan melanosomes dari melanosit hingga epidermis sel. Uji kaji yang dilakukan menemui formula paling berkuasa untuk mengurangkan dan menghapuskan bintik gelap pada sumbernya dengan berkesan dengan gabungan empat intipati unik yang bertindak secara langsung pada bahagian dalam kulit yang menghasilkan pigmentasi. Konsentrasi melanin dihalang daripada menjadi gelap. Jelas, kulit cerah berseri bisa tercapai dari saat ia digunakan.

Tiga ciri terpenting:

Asas yang sangat halus mudah larut ke dalam kulit yang kering dan yang membolehkan formula menyebar dengan mudah ke seluruh kulit.

Kulit menjadi lembut, cerah berseri usai aplikasi. Hasil boleh dilihat pada kulit yang licin dan berseri selepas setiap pengunaan.

Empat inti pati berkuasa dan unik menghasilkan tindakan langsung di sumber untuk mengurangkan pengeluaran melanin pada akar, mencegah pigmentasi kulit yang tidak dikehendaki.

 

https://www.instagram.com/p/B9ytGzapCcQ/?utm_source=ig_web_copy_link

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Ekstrak Quince Chinese Bertindak untuk menyekat pengaktifan melanocyte dengan mencegah isyarat pembentukan melanin dan  sel-sel epidermis daripada menerima jumlah melanin yang banyak.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse