Ruang – Mencipta Udara Segar
Destinasi – Rekaan Kontemporari Thomson Furniture, Brunei
Ruang – 4 Konsep & Kunci Gaya Penataan Ruang Tamu
Bicara Deko – Bersama Dominik Fruth, Pengarah Urusan Hafele
Idea Praktikal Pilihan Alex Yoong

Kediaman – Jacaranda House

Sentuhan Arkitek Razin Mahmood memperlihatkan gabungan idea moden tropika dalam mereka bentuk banglo yang terletak di Leisure Farm, Gelang Patah, Johor. Keunikan seni binanya tersergam indah dan mengagumkan. Tersendiri dan memukau pandangan.

Slide untuk lihat gambar. 

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
Elemen rekaan Ketinggian siling dan binaan tingkap dan dinding kaca serta keluasan lantai yang maksimum menjadikan secara visual lebih gah dan mewah. Malah kelainan reka bentuk ruang yang direka berbeza aras lantai juga membuatkan diri berasa kerdil berada di dalamnya. Kelapangan volume ruang dalaman membolehkan pancaran cahaya suria dari arah belakang menata pencahayaan ruang, menambah efek ruang lebih luas, lapang dan mengundang. Ilham moden disatukan bersama gaya tropika dengan penampilan keseluruhan ruang di tata ringkas, menarik dan teratur bagi membentuk sebuah mahligai yang membina ketenangan kepada pemiliknya.
2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse