Mahligai dibina setelah sekembalinya ke tanah air dari berkelana di bumi eropah. American farm house dalam interpretasi moden menjadi rujukan tata gaya kediaman teres tiga setengah tingkat di Cyberjaya; milik suami isteri, Zizi dan Mimi.
Laman sosial Instagram menjadi platform yang menemukan GLAM Deko dengan pemilik kediaman ini. Tertarik dengan setiap gambar-gambar dan cerita pengalaman berserta tip membina mahligai impian menerusi akaun instagram @zizimimiandco; segala butiran diberitahu terperinci memudahkan followers menjadikannya sebagai rujukan dan inspirasi dekor.

Kediaman teres link tiga tingkat setengah ini terzahir penuh teliti dan direalisasikan sendiri oleh Mimi bersama suami. Jelas Mimi, “Struktur siling berganda (double volume) di ruang tamu menawan hati Zizi serta-merta. Malah, projek kediaman ini adalah yang pertama kami lihat dan pertimbangkan setelah kembalinya dari United Kingdom.”
Kebimbangan orang kita apabila membina kediaman berkonsep lapang terbuka adalah kedudukan dapur terbuka dan pengaliran udara yang optimum. Ini kerana bau masakan orang kita agak kuat dengan kaedah tumisan dan menggoreng pasti membuatkan aroma masakan melekat dan bertebaran di sekitar kediaman. Mimi bertindak memasang hud dapur dengan daya sedutan kuat diikuti sistem pengudaraan berkapasiti industrial yang dipasang melekap pada permukaan siling. “Saya gembira dengan setiap percaturan yang dibuat kerana, setakat ini udara di kediaman kami tidak terganggu dek bauan masakan tidak enak dan kemasan lembut seperti langsir dan sofa tidak terjejas,” kata Mimi.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
