Balenciaga Summer 25 Menyajikan Pementasan Fesyen Adaptasi Memori Demna
A-List GLAM: Fyza Kadir
Momen-Momen Perlu Diingati Belakang Pentas Minggu Fesyen London
Gaya Aktres Di Critics’ Choice Television Awards 2015
Gala AmfAR Cannes Dipersembahkan Chopard Kumpul Lebih USD 17 Juta
Home > Fesyen > Kempen S/S 18 Dior Menerima Interpretasi Seni Sasha Pivovarova

Kempen S/S 18 Dior Menerima Interpretasi Seni Sasha Pivovarova

Membuka pertunjukan koleksi Musim Bunga/Panas 18 Dior sebelum ini, Sasha Pivovarova dilihat mengenakan kemeja-T Maria feminis Maria Grazia Chiuri yang menampilkan tajuk esei Linda Nochlin: “Why Have There Been No Great Women Artists?” jadi ia merupakan pilihan yang nyata buat Dior menggunakan aura Pivovarova untuk kempen ini.

 

Dengan bantuan lensa Patrick Demarchelier, Pivovarova dilihat memperagakan pelbagai gaya chic 60-an  sambil dikelilingi karya seninya yang melambangkan siapa dirinya sebagai seorang individu, model, dan artis. Ibarat match made in heaven, seni visual Pivovarova merupakan padanan paling sesuai untuk visi Grazia Chiuri buat koleksi Dior kali ini yang diilhamkan oleh pengukir  Niki De Saint Phalle yang terkenal dengan jiwa seni eksentriknya. Klik seterusnya untuk melihat imej Pivovarova dalam koleksi Dior Bunga/Panas 2018.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse