Kolaborasi Vetements x Levi’s Menampilkan Bare Butt Jeans
Michael Kors Fall/Winter 2023 Collection Runway Livestream
GLAM kongsi Berlian Mewah Terbaik Untuk Anda Miliki
Takashi Murakami Reka 11 Beg Buat Koleksi Artycapucines
Supermodel pada 73 Tahun: Benedetta Barzini
Home > Fesyen > Ken Scott Ilhamkan Bunga-Bunga Buat Gucci

Ken Scott Ilhamkan Bunga-Bunga Buat Gucci

Gucci cukup menyukai nilai abstrak dan corak yang unik. Alessandro Michele yang sememangnya cukup romantik, selalu mengabadikan motif flora sebagai esen fesyennya di Gucci. Kini corak bunga ini terus diangkat lebih tinggi untuk koleksi Epilogue. Gucci mengabadikan corak ikonik bunga rekaan Ken Scott sebagai seri utama mereka. Pereka yang terkenal dengan gubahan corak bunga menjadi satu ikon penting dunia fesyen pada dekad 60-an dan 70-an.

Mengenali Ken Scott, dia merupakan pereka fesyen asal Amerika Syarikat dan menghabiskan kuliah di Parsons School. Dia terbang ke Eropah untuk hidup sebagai artis di sana. Bermula di Paris dan pada 1955, Scott memilih Milan sebagai tempat untuk bertapak. Bermula sebagai pereka tekstil, Scott mencuba nasib melancarkan koleksi baju dan aksesori pada 1962 bersama dengan DNA corak girangnya. Paling menonjol adalah gubahan motif bunga-bunga yang menjadikan Scott sebagai bintang baru era itu.

Kisah eksentrik Scott dengan Gucci dimadukan bersama oleh Michele dibawa koleksi khas Epilogue. Corak bunga-bunga gubahan Scott menyerikan lagi koleksi Gucci paling terbaru. Alessandro Michele berkongsi yang Scott ini adalah pereka tekstil yang hebat. “Dia melakar bunga dengan citra lebih romantik dan menyuntik bunga kepada elemen pop culture. Dia jadikan bunga ini sebagai papan tanda kedai utama dan ia bertambah-tambah menjadi yang cukup gah! Saya sukakan hasil kerjanya kerana saya cukup obses dengan corak bunga,” ujar Michele.

Pautan Berkenaan: La Prima, Ekspresi Baharu Giorgio Armani