GLAM Beauty Club Eksklusif Bersama Clé de Peau Beauté
5 Krim Mewah Untuk Hasil Kulit Awet Muda
Marc Jacobs Beauty Menampilkan Kecantikan Anak Cindy Crawford
Solekan GLOW Pilihan Utama Jurusolek
Rahsia Kecantikan Daripada Ikon Kecantikan: Marilyn Monroe
Home > Cantik > Kisah Pesan Umi Sharifah Rose Di Pagi Raya Bersama Lancôme

Kisah Pesan Umi Sharifah Rose Di Pagi Raya Bersama Lancôme

Apabila menjelang perayaan, semestinya segala ingatan, kenangan kembali menerjah. Disebalik kisah pesan Umi Rose, ada amalan dan nasihat kecantikan yang dipratikkan sejak turun-menurun. Ikuti kisah pesan Umi Sharifah Rose yang dibawakan oleh Lancôme Ada kalanya, baris-baris nasihat yang pernah kita abaikan sewaktu kecil itu akhirnya menjadi amalan paling bermakna dalam kehidupan dewasa kita. Dalam sebuah video istimewa kolaborasi antara GLAM dan Lancôme sempena musim Lebaran ini, Sharifah Rose membawa kita menyelami kenangan manisnya bersama Uminya. Terutama detik-detik di pagi Raya yang kelam-kabut hingga terlupa rutin kecantikan yang sering dipandang ringan. Bayangkan suasana pagi Raya yang riuh, dari berkemas di ruang tamu hingga panaskan juadah Raya di dapur. Tengok pula jam di meja, kesuntukan masa untuk bersiap cantik-cantik di pagi Raya! Di kala Rose ingin memulakan rutinnya, terngiang pula suara dan wajah Umi akan pesanannya  yang mengingatkan walau sibuk, jangan langkau rutin penjagaan wajah! Pesan Umi yang diselang ketegasan namun disebalik nada kelembutan, “Kan..Umi sudah pesan, toner (lotion) dulu, serum barulah pelembap wajah!” Dalam kata-kata yang pernah membuatkan Rose menggeleng kepala ketika remaja itu, tersimpan sebuah warisan seperti rutin penjagaan kulit yang akhirnya menjadi sebahagian buat diri Rose sebagai wanita.

Rahsia Kulit Bercahaya di Sebalik Tabir

  Dalam rutin harian Rose, tiga produk Lancôme menjadi pilihan utamanya dalam mengekalkan keserian penjagaan kulitnya. Rutin kecantikan bermula dengan Génifique Ultimate Lotion iaitu sebuah toner yang tidak sekadar melembapkan, tetapi meresap ke dalam lapisan kulit dengan formula unik yang memberikan hidrasi serta kesan tapisan semula jadi, menjadikan kulit nampak tersedia untuk dunia hanya dengan satu titisan. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif, formulanya bebas alkohol, sebuah penjagaan yang lembut namun berkuasa. Seterusnya, Génifique Ultimate Serum serum nombor satu di Malaysia dan Singapura hadir sebagai senjata utama dalam membaiki kerosakan kulit akibat tekanan kehidupan moden. Dengan gabungan Beta Glucan CM, Asid Hyaluronik, Ekstrak Liquorice dan 7 Pre- dan Probiotik, serum ini berupaya membaiki kerosakan kulit selama 1 tahun hanya dengan 1 minggu. Ia bukan sekadar produk kecantikan, ia adalah komitmen terhadap diri sendiri. Penamat yang sempurna untuk rutin tersebut ialah Absolue Longevity The Soft Cream krim pertama Lancôme yang menggabungkan teknologi PDRN topikal tanpa jarum, terilham daripada prosedur estetik terkini. Dikuasai oleh formula Absolue PDRN bersama trilion fragmen DNA Ros, krim ini mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan sehingga lima tahun dalam tempoh sebulan.

#Keceriaan Bersama Lancôme 

Usai sudah rutin penjagaan kulit wajah Rose bersama tiga produk ikonik yang juga sahabat karib Rose, dia teruskan pula bersama ilham solekan cantik, natural namun kelihatan segar bersama barangan produk mekap Lancôme seperti LANCÔME JUICY TUBES pengilat bibir ultra-tinggi dengan kemasan tidak pernah pudar dan tahan kelembapan sehingga 4 jam, SKIN IDÔLE JUICY BLUSH menyerlahkan pipi sihat, bersinar dan warna tahan sehingga 12 jam. Tidak lengkaplah tanpa haruman wangian yang menusuk kalbu tetamu yang bakal hadir, Rose memilih haruman IDÔLE PEACH’N ROSES yang baharu membangkitkan pesona diri bersama aroma manis ekstrak buah pic, variasi buah beri dan keharuman Damascena Rose. Lengkaplah rutin Rose bersama Lancôme untuk momen Raya-Ready! Wajahnya bersinar sempurna, pipinya gebu berona merah jambu, bibirnya berkilau segar tanda dia bersedia menyambut Raya yang mulia. Ternyata pesan Umi mencetus manifestasi diri agar sentiasa berdisplin dalam kehidupan dan juga penjagaan diri. Artikel berkaitan Lancôme Umum Vanessa Kirby Sebagai Duta Global Baharu: Simbol Optimisme dan Keanggunan Autentik