GLAM 101: Magis Wangian
Lip Oil Atau Lip Gloss Pilihan Bibir Anda?
Burberry Goddess Pilihan Wangian Wanita Masa Kini
Transformasi Warna Rambut Baru Dengan Schwarzkopf Professional, Igora Zero Amm!
Solekan Sabrina Carpenter di Coachella 2026 Kini Tular!
Home > Cantik > Kulit Putih Semula Jadi Jika Guna Bahan Ini

Kulit Putih Semula Jadi Jika Guna Bahan Ini

Baru pulang bercuti di Pulau? Jangan panik jika kulit berubah warna, lebih gelap berbanding biasa! GLAM kongsi lima tip tradisional untuk anda pertimbangkan cara terbaik putihkan kulit. kulit putih 1. Limau Dan Putih Telur Ekstrak lemon telah mula digunakan dan ditambah untuk menghasilkan produk pencerahan kulit. Walau bagaimanapun, ekstrak semulajadinya adalah lebih baik dan lebih selamat. Hiris dan perahkan jus kemudian campurkan dengan putih telur. Gunakan berus dan sapukan campuran tadi ke seluruh badan. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih. 2. Keladi Keladi terbukti secara klinikal boleh mencerahkan kulit. Bagaimana keladi boleh mencerahkan kulit? Ia beraksi sama seperti sitrus. Keladi puri boleh berfungsi sebagai pupur wajah juga boleh digunakan untuk mencerahkan bahagian tubuh yang ingin anda berikan tumpuan. 3. Mandi Susu Aktiviti mandi susu bukan untuk bergaya, ia mempunyai ramuan bagi memutihkan kulit, tetapi untuk mendapatkan mandian susu ini sudah tentu memerlukan belanja yang besar, terutamanya ia memerlukan rutin yang teratur. Jika anda ingin tahu tentang manfaatnya, cubalah pada bila-bila masa di spa kegemaran anda. 4. Yogurt Yogurt memberi hidrasi yang cukup untuk kulit anda. Campurkan sedikit madu dan sapukan pada kulit, biarkan selama 10 minit dan kemudian bersihkan dengan air. Pupur wajah daripada yogurt juga bertindak melicinkan kulit anda, sudah tentu kulit licin lagi putih menjadi keinginan anda. 5. Chamomile Chamomile biasanya digunakan sebagai teh. Namun ia bertindak sebagai bahan semulajadi yang turut mencerahkan kulit. Chamomile juga mempunyai manfaat menangani mata bengkak. Anda hanya perlu mencelup beg teh di dalam air panas, dan biarkan sejuk. Kemudian, letakkan beg teh pada mata. Untuk hasil yang menakjubkan, ulangi dalam tempoh dua minggu. 6. Almond Badam boleh membantu mengurangkan kulit yang gelap menjadi lebih cerah. Cara yang praktikal dan semula jadi untuk menggunakan badam adalah dengan mencampurkan badam dengan susu dan sedikit kunyit. Setiap pagi rendam empat hingga lima badam dan kunyit dalam susu cecair. Sebelah malam pula, keluarkan kunyit, kemudian jadikan badam sebagai puri menjadi pes. Sapukan campuran ini pada muka dan leher dan biarkan semalaman. Esoknya, bilas dengan air sejuk. Untuk hasil yang optimum, ulang rutin ini selama dua minggu. Artikel berkaitanKulit Berseri Dengan Loose Powder Terbaharu Dari DECORTÉ