Kenapa Rambut Cepat Berminyak Walaupun Baru Cuci Semalam?
Haruman Paling Emosi Cartier
Mira Filzah Cantik Persis Gadis Korea
Taraji P. Henson Buka Salun Kecantikan Sendiri Di Rumah
Yes! We Need The Best Face Masks
Home > Cantik > Lancôme Umum Vanessa Kirby Sebagai Duta Global Baharu: Simbol Optimisme dan Keanggunan Autentik

Lancôme Umum Vanessa Kirby Sebagai Duta Global Baharu: Simbol Optimisme dan Keanggunan Autentik

Lancôme kini menjemput pelakon dan penerbit British yang terkenal, Vanessa Kirby, sebagai Duta Global baharu jenama. Dikenali kerana empati mendalam, ekspresi intuitif dan dedikasi terhadap seni penceritaan, Vanessa mencerminkan falsafah Lancôme yakni optimisme tanpa takut, keanggunan yang sofistikated dan daya tarikan autentik yang memikat.

Sejak bertahun-tahun, Lancôme terus mencipta inovasi dalam skincare, makeup dan fragrance. Jenama ini menginspirasikan wanita di seluruh dunia untuk meraikan kecantikan mereka dengan keyakinan, berkongsi kekuatan dalaman dan hidup dengan sepenuh hati.

Dengan semangat kreatif, bakat serba boleh dan pandangan hidup yang positif, Vanessa Kirby adalah wajah yang tepat untuk menyampaikan misi Lancôme.

Ikon Layar Perak & Pengaruh Positif

Vanessa Kirby pernah memenangi BAFTA dan dicalonkan untuk Emmy, Golden Globe serta Academy Awards. Dia mencuri perhatian ramai dengan wataknya sebagai Puteri Margaret dalam The Crown, yang membawanya memenangi BAFTA untuk Pelakon Pembantu Terbaik. Filem Pieces of a Woman pula menyaksikannya meraih Volpi Cup untuk Pelakon Wanita Terbaik di Venice Film Festival 2020 serta pencalonan Academy Award pada 2021.

Vanessa turut membintangi dua filem Mission Impossible serta memegang peranan sebagai Permaisuri Joséphine dalam Napoleon arahan Ridley Scott dan Sue Storm dalam adaptasi Marvel The Fantastic Four: First Steps.

Pada tahun 2025, Vanessa bukan sahaja membintangi malah menerbitkan filem The Night Always Comes.Di luar dunia lakonan, dia aktif menyokong hak kanak-kanak khususnya di kawasan konflik, mencerminkan komitmennya terhadap usaha membawa perubahan positif.

Cerminan Optimisme & Kecantikan Lancôme

Vanessa berkata, “Bagi saya, Lancôme melambangkan optimisme, kecantikan, keyakinan dan keberanian menjadi diri sendiri. Saya amat menghargai dedikasi jenama ini dalam meraikan keaslian dan kekuatan dalaman.”

Vania Lacascade, Presiden Global Lancôme, menambah “Barisan duta kami mencerminkan pelbagai sisi wanita moden dan Vanessa membawa aura yang memukau serta kecantikan yang sofistikated ke dalam keluarga Lancôme. Sebagai seorang pelakon, dia sentiasa berusaha memahami pengalaman manusia dari sudut yang paling mendalam.

Ketika kami bertemu, Vanessa berkongsi bagaimana dia menemukan keindahan dan kegembiraan dalam meneroka setiap nuansa serta perspektif baharu. Dalam pencarian itu, kami melihat ia seiring dengan misi Lancôme sendiri iaitu mendekati kehidupan dengan optimisme, rasa ingin tahu dan keyakinan untuk terus berkembang pada setiap fasa.”

Bergabung dengan barisan duta global termasuk Julia Roberts, Olivia Rodrigo dan Christy Turlington, Vanessa Kirby kini menjadi wajah yang melambangkan kecantikan autentik serta optimisme Lancôme untuk wanita di seluruh dunia.

Artikel berkaitan: Sesi Pengalaman Cantik GLAM Bersama Lancôme Absolue