Diari – Takhlukan Baru St. Regis
Pemilihan Fabrik Cadar Penting Untuk Tidur Yang Sempurna
Pakej Perkahwinan Impian Hanya Di Sunway Putra Hotel
Terapi Aroma Buat Ruang Istimewa
Promosi – Menangi Koleksi Eksklusif dari Eclectic Moroccan Living
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > Libur – Percutian Hujung Minggu The Kasturi

Libur – Percutian Hujung Minggu The Kasturi

Penyelaras & Teks : Suhana Desa  Arahan Seni : Afiq Khairudin Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution) Video & Suntingan : Ariff Rosly (One Digital Solution) The Kasturi Resort dimiliki oleh arkitek tersohor, Hijjas Kasturi, menakhluki tanah seluas 15 ekar dengan seni bina 23 buah vila berkonsepkan rumah Melayu tradisional. Vila-vila direka rapi dan sempurna oleh Hijjas Kasturi tanpa mengabaikan ekosistem dan persekitaran sedia ada. Seni bina bumbung berbentuk A-frame seperti lipatan origami. Bersandarkan konsep seni bina tipologi vernakular domestik yang diberi nafas baru; gandingan tradisi dan mengoptimalkan potensi – potensi lokal seperti material, teknologi dan pengetahuan, The Kasturi melayani keperluan percutian kontemporari sambil menghormati alam sekitar dan meraikan budaya tempatan. Pintu masuk utama ke ruang resort perlu mensusuri kepungan hutan, dan kemudian meneruskan langkah ke binaan dek konkrit yang menghubungkan ruang penginapan dan laluan ke pantai. Setiap ruang vila direka dengan kedudukkan kamar beradu lebih tinggi daripada ruang tamu. Ini bertujuan untuk menyediakan panorama lautan dan berlatarkan kehijauan hutan agar lebih dapat dihayati oleh tetamu. Rekaan siling menggunakan seni anyaman tradisional kelarai menyempurnakan gaya resort. Tempah dan alami percutian hujung minggu ideal sempena cuti sekolah yang bakal tiba di The Kasturi