Promosi – Menangi Percutian di Bon Ton Resort, Langkawi
Bon Ton Resort, Langkawi
Percutian 3 hari 2 malam di Bon Ton Resort, Langkawi untuk dua orang bernilai RM2,300
Bon Ton Resort Langkawi adalah sebuah lokasi percutian pulau yang paling bergaya, unik dan intim di pulau lagenda, Langkawi. Penginapan lapan rumah antik “Kampung Melayu” yang mencecah usia antara 60 hingga 120 tahun, dipulihkan dengan indah dan sempurna membentuk suasana perkampungan rumah Melayu lama, asli dan unik. Setiap satunya dihias secara individu dalam gaya Aseana yang tersendiri, penuh berkarakter. Dipimpin oleh Narelle McMurtrie, Bon Ton Resort kekal eksklusif ibarat sebuah percutian intim untuk merehatkan minda dan diri.
Resort ini dibina di kawasan kampung yang tenang dipayungi pepohon kelapa selain diperhebatkan dengan kehadiran kolam renang dan jakuzi sebagai tarikan utama. Lebih istimewa, saujana mata memandang menyaksikan panorama alam terbentang luas yang mengadap kawasan sawah dan bukit bukau. Tidak lengkap penginapan di sini tanpa menikmati menu enak bertemankan ambien ruang indah di Nam Restaurant di Bon Ton, yang dianggap sebagai salah satu restoran terbaik di pulau Langkawi. Restoran dan bar lounge menyediakan garapan menu menarik berkonsep eklektik, iaitu kombinasi rasa timur dan gastronomi Barat. Lounge bar ini direka berkonsep funky berlokasi di salah sebuah rumah kedai Cina lama.
Bulan ini, GLAM Deko dan Bon Ton Resort Langkawi menawarkan promosi istimewa untuk para pembaca dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan melalui laman instagram @glamdekomy. Pastikan anda telah menekan butang follow di akaun kami! Ikuti langkah-langkah berikut:
- Repost gambar ini di akaun Instagram anda dengan menggunakan hashtag #glamdekogiveaway, tag orang yang ingin anda bawa ke Bon Ton Resort, Langkawi dan beritahu kami mengapa anda ingin membawanya bersama
- Ikuti (follow) GLAM DEKO di Instagram @glamdekomy
- Tag #bontonresortlangkawi dan @glamdekomy
- Pemenang bertuah akan dipilih secara rawak dan akan dimaklumkan menerusi e-mel pada 18 Jun 2018
- Promosi ini akan tamat pada 11.59pm, 4 Jun 2018 (tertakluk pada perubahan). Para pemenang akan diumumkan pada 18 Jun 2018 (tertakluk pada perubahan).
- Hanya post yang dilakukan pada sepanjang tempoh promosi dikira sah.
- Pemenang akan dihubungi melalui mesej terus Instagram (Instagram Direct Message).
- Pemenang perlu hadir sendiri ke pejabat Blu Inc Media Sdn Bhd untuk tuntutan hadiah.
- Anda harus mengikuti setiap langkah yang telah ditetapkan bagi melayakkan penyertaan buat promosi ini.
- Kegagalan menghubungi pemenang dalam masa seminggu dari tempoh pemberitahuan menjadikannya terbatal.
- Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh sebulan dari tarikh pengumuman pemenang dikira tidak sah.
- Blu Inc Media Sdn Bhd tidak akan melayan sebarang aduan tentang hadiah selepas ianya menjadi hak milik pemenang.
- Blu Inc Media Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakkan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami oleh peserta yang ingin terlibat dalam promosi ini.
See Also
GLAM PROMOSI – SEPTEMBER 2017
Kekapis Panggang Dan Salad Kentang Bersama Dressing Truffle
Ilham Italianate Dr. Tan Loke Mun untuk M Marini
Terokai 7 Menu Beridentitikan Asia Yang Menyelerakan Di Sunway Hotels & Resorts
GLAM Deko Trend – Kelengkapan Dapur Berkemasan Pusam
GLAM Deko PROMOSI – Jun 2016
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
BY Syahirah Hussain
Jun 04, 2024
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
