Palet – Trivia Warna Elegan Biru
Idea Penataan Gaya Bermain Pilihan Aksesori
Resipi Rendang Rembau Mali-Mali dari Datuk Chef Ismail
Trend Rekaan Kamar Mandi Terbaik 2020
GLAM Deko Promosi – Menangi Koleksi Gelas Botanic Garden Portmeirion dari Janine

Libur – Romantis Alam Di Avani Gold Coast Sepang

Semangat alam kuat membentuk ambien dan persekitaran resort, menggabungkan kecantikan dan keindahan tropika, menjadikan Avani Gold Coast Resort Sepang pilihan romantik penginapan vila atas air buat pasangan berbulan madu atau menyambut hari kekasih, jauh dari sesak kota.

Pelawaan meneroka penginapan bertemankan keindahan persekitaran resort yang menjanjikan ketenangan, juga privasi untuk bersama tersayang, tidak mungkin dilepaskan. Perjalanan yang mengambil masa 45 minit dari kota metropolitan dan hanya 90 minit dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur, membawa GLAM Deko menyelusuri jalan pinggir bandar, ditemani pepohon hijau di kiri dan kanan jalan. Rasa tenang dan damai semakin menebal menambah keterujaan untuk merasai pengalaman indah di sini.

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
TERAPI JIWA DI AVANI SPA Setelah mengharungi hari yang memenatkan, rawatan urut menggunakan seleksi pati minyak tradisional amat didambakan. Melangkah ke Avani Spa, aroma terapi berterbangan melarutkan segala lelah di minda. Belaian jari-jemari ahli-ahli terapi intuitif memenuhi keperluan tubuh dan mood setiap individu. Semestinya kamar spa bersama dua katil rawatan dan tab jakuzi menyempurnakan percutian indah dan privasi bersama tersayang.

Royal Villa Balcony

Teks: Suhana Desa Arkib GLAM Deko Februari 2018    
4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse