Zoe Saldana Disambar Menjadi Duta Global Cartier
GLAM 101: Oscar De La Renta
Dua Lipa Wajah Kempen Chanel 25
Tudung Lace Sentuhan Manis Lebaran 2026
Wajib Tonton Netflix: Next In Fashion Kini Kembali!
Home > Fesyen > MCM Melakar Legasi Baharu dalam Dunia Smart Luxury

MCM Melakar Legasi Baharu dalam Dunia Smart Luxury

Lima dekad dalam dunia fesyen bukanlah satu perjalanan yang biasa. Bermula di Munich pada 1976 sebagai pusat gaya hidup jet-set dan muzik disko. MCM kini kembali dengan satu misi besar, mendefinisikan semula erti kemewahan untuk generasi masa kini yang berkonsepkan SMART Luxury. 

SMART Luxury Menjadi Nadi Baharu MCM

  Menerusi kempen ulang tahun ke-50, Icons Reinvented, MCM memperkenalkan konsep SMART Luxury. Ia bukan sekadar jenama beg tangan, tetapi satu gaya hidup buat pengembara moden dan warga digital. Siluet ikonik seperti Stark Backpack dan Liz Shopper kini diolah semula untuk menjadi lebih ringan, praktikal, dan versatil. Ia direka khusus untuk individu yang sentiasa bergerak aktif dari satu zon masa ke zon masa yang lain.

Melangkaui Warisan, Menempa Masa Depan

MCM tidak menoleh ke belakang dengan rasa nostalgia. Sebaliknya, jenama ini menjadikan warisan 50 tahun mereka sebagai asas untuk berinovasi. Setiap rekaan kini lebih fokus kepada fungsi, kemudahan, dan keselesaan yang menjadikan setiap helaian pilihan utama buat mereka yang mementingkan gaya tanpa kompromi. Bagi MCM, inovasi bukan sekadar tentang rekaan, tetapi tentang bagaimana produk tersebut mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan moden yang serba pantas.   Sambutan ulang tahun ini akan diraikan di seluruh dunia, meraikan komuniti kreatif yang MCM panggil sebagai Mavericks. Individu yang berani mencabar arus dan mencipta identiti tersendiri. Dengan pengenalan logo baharu yang lebih segar, MCM membuktikan bahawa mereka bukan lagi sekadar jenama warisan. Mereka adalah satu kuasa budaya yang sedang memimpin masa depan fesyen dunia. Artikel berkaitan: The New Chanel It-Bag yang Bakal Menjadi Rebutan Tahun Ini