Millennial It-Girl: Aimee Song
Inspirasi Busana Ramadhan Ilham Massimo Dutti
10 Gaya Berani Selebriti Di Fashion Awards 2023
Bottega Veneta Spring 26 Show Livestream
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis Vuitton Color Blossom

Met Gala 2021 Bakal Menyatukan Timothée Chalamet, Billie Eilish, Naomi Osaka & Amanda Gorman

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Walaupun Timothée, 26, Billie, 19, Naomi, 23, dan Amanda, 23 merupakan yang termuda pernah dipilih, Vogue menjelaskan mereka telah meletakkan tanda aras dalam dunia fesyen dengan melangkaui sempadan dan menampilkan individualisme.

Billie baru-baru ini mendedahkan gaya baharunya yang lebih feminin ketika menjadi penghias kulit majalah British Vogue, manakala Amanda pula ditawarkan kontrak sebagai IMG Models selepas persembahan puisi luar biasa, The Hill We Climb di acara pelantikan rasmi Presiden Joe Biden.

Bintang tenis dunia, Naomi dipilih menjadi wajah terbaharu Louis Vuitton dan Timothée pula dinamakan sebagai salah seorang lelaki paling berpengaruh dalam dunia fesyen pada 2019.

Selepas pengumuman tersebut dibuat, Timothée berkongsi berita gembira itu dengan 12 juta pengikutnya di Instagram berserta foto Metropolitan Museum of Art yang ikonik, lokasi bakal berlangsungnya Met Gala 2021.

https://www.instagram.com/p/COaZ1haBnF_/?utm_source=ig_web_copy_link

Foto: Stephane Cardinale/Getty Images (2)/Louis Vuitton/Awol Erizku For Time

Baca: Gara-gara Covid-19, Met Gala 2020 Ditunda!

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse