Loading media...

Unable to load content
Final Fantasy dan Jaden Smith Wajah Kempen Louis Vuitton
Ini 5 Kombinasi Makanan Sebagai Inspirasi Warna Fesyen Anda!
Senarai Fesyen Item Paling Ikonik Tahun 2024
Koleksi Mengimbau Kenangan Khoon Hooi
Kemegahan Golden Globes Membuka Tirai Musim Fesyen!
Home > Fesyen > #MFW-Yugyeom Muncul Di Onitsuka Tiger Spring Summer 2023

#MFW-Yugyeom Muncul Di Onitsuka Tiger Spring Summer 2023

CAKAP GLAM: Onitsuka Tiger Spring Summer 2023 menggabungkan citra gaya atletik dengan cetusan fesyen yang diramu bersama, menyajikan gaya minimalism. Andrea Pompilio, Pengarah Kreatif Onitsuka Tiger membuang semua aksen yang tidak memberi praktikaliti pada gayanya dan hanya memberi fokus pada estetik yang berguna. Stail metropolitan berasaskan fabrik yang bagus, selari dengan DNA jenama Jepun ini. Maka setiap ceraian yang dihasilkan direka lebih ringkas dan berperincian lebih tegas melalui seni jahitan zigzag yang digunapakai pada logo serta jahitan baju. Pompilio turut meminjam legasi tradisional Jepun seperti kimono dan kyudo lantas diselitkan pada ceraian Onitsuka Tiger buat musim baharu ini.

VIP: Pasukan bintang fesyen asia tenggara mendominasi barisan hadapan Onitsuka Tiger Spring Summer 2023 seperti Daiyan Trisha, Hael Husaini, Luna Maya, Mae Tan, Baifern dan Scha Alyahya. Berserta penyanyi daripada kumpulan GOT7, yakni Kim Yuggyeom dan Tomohisa Yamashita, penyanyi asal Jepun.

PILIHAN GLAM

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse