Loading media...

Unable to load content
Michael Rider Menaruhkan Gaya Berkeyakinan Di Celine
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Chic In Dots: Ini Cara Mix and Match Corak Polka Dot
Moschino Resort 2022, The 10 Joyful Looks
10 Gaya Karpet Merah Selebriti Terbaik Pada 2023
Home > Fesyen > Michelle Obama Menambat Hati Khalayak Dengan Gayanya

Michelle Obama Menambat Hati Khalayak Dengan Gayanya

Beberapa minggu sebelum akhirnya 2016 dan juga waktu Presiden Obama dan keluarganya di White House, FLOTUS (First Lady of The United States) sibuk mengadakan acara-acara terakhir beliau di White House dan selain acara itu sendiri yang menakjubkan, Michelle Obama sekali lagi menarik perhatian pihak umum dan dunia fesyen dengan gayanya yang menawan.

 

Pada malam parti percutian White House baru-baru ini, Michelle mengenakan sepasang little black dress dengan hiasan bunga rekaan Tanya Taylor.

 
https://www.instagram.com/p/BN2aQ0QgOyO/
 

Michelle sebelum ini sentiasa mengenakan gaun labuh mencecah lantai untuk ke acara-acara sebegini seperti gaun hijau Gucci yang menjadi topik bualan ramai dan juga gaun rose gold oleh Versace yang dipakainya semasa Final State Dinner.

 

Gaun Gucci.

Gaun Gucci.

LBD yang dipakai Michelle itu diselamatkan daripada kelihatan hambar dengan hiasan bunga-bungaan ditepi untuk memberikan sedikit warna kepada gaya Michelle.

 

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi Michelle akan berada di White House dan kami di GLAM menanti-nantikan gayanya yang seterusnya.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid