Fizi Woo Cruise 2015/2016
Nostalgia Ampang: Inspirasi Syomirizwa Gupta
Coachella 2023 : Lihat Gaya Menarik Pilihan GLAM
Trend Aksesori Rambut Paling Hangat 2023 Pilihan Anna Jobling
Wajah Anak Malaysia Terpampang Di Times Square NY! Yuna Sekali Lagi Cipta Sejarah

Millennial It-Girl: Sarah Lian

This Asian bombshell is not your usual beauty. 

 

Sarah Lian Lay Ting, atau Sarah Lian sebagai singkatan, merupakan seorang jelitawan tempatan yang berbakat dalam pelbagai bidang, dari model hinggakan menjadi pelakon di pentas antarabangsa. Dengan suara gerah dan rupa bergaya bak tiada tandingan, Sarah juga merupakan seorang hos yang gian diburu oleh penggerak dunia hiburan.

 

Selepas kemunculan di dunia hiburan Amerika Utara, beliau kembali ke Malaysia untuk meluaskan pengaruh bakat beliau di industri hiburan tanah air. Sarah terkenal dengan penobatan beliau sebagai Most Wanted Woman oleh FHM Malaysia pada tahun 2008, kerana rupa eksotik beliau serta bakat yang kian membara dalam apa jua bidang dijelajahnya.

 

Bukan sahaja rupa dan bakatnya yang dicemburui, malah beliau juga merupakan seorang graduan universiti terkemuka di Kanada dan petah berkata dalam 4 bahasa, jika pecahan Bahasa Cina tidak dikira. Sarah juga sering menjadi tumpuan lensa kamera paparazzi lokal kerana beliau mempunyai segalanya yang dicemburui ramai!

3 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

https://www.instagram.com/p/BKBfjaEDVle/?taken-by=imsarahlian
3 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse