Backstage di Dior Haute Couture Spring Summer 2016
Selami Sebalik Tabir Magis Minggu Fantasi Adi Busana Paris
Kontroversi Casting Balenciaga Diketengahkan Lagi Dengan Kenyataan Terbaru
KLFW RTW ’17: SYAIFUL BAHARIM
Let Them Eat Cake
Home > Fesyen > Minggu Fesyen > Diari Fesyen > Fresh Faces: Wajah Tidak Konvensional Kuasai Pentas New York

Fresh Faces: Wajah Tidak Konvensional Kuasai Pentas New York

Oleh: Aizat Aidid   ​Setiap kali hadirnya minggu fesyen, saya bukannya sahaja teruja menantikan pertunjukan fesyen berlangsung, tetapi saya turut tertunggu-tunggu akan wajah-wajah yang bakal melewati pentasnya. Nampaknya musim ini, minggu fesyen menjadi milik Kendall Jenner dan Gigi Hadid. Ya, model-model terkemuka seperti keduanya pasti sudah dijangka akan membuka dan menutup persembahan, tetapi di antara model-model lain, pasti ada yang menyerlah. Siapakah model-model ini? Who are these raw beauties? Pada pendapat saya, model-model pelapis ini bakal melonjakkan dunia modelling masa depan dengan idea cantik yang bertentangan dengan norma kebiasaan.   Saban musim ada sahaja peragawati baru yang muncul di sekitar jalan​an​ New York, mencuba nasib untuk mengungguli pentas peragaan. Mereka ini bukan secantik ​Jenner atau Hadid yang struktur wajah terletak dan berambut blonde​, malah bilangan followers di Instagram​ juga mungkin tidak ramai​. Namun mereka ini boleh dilihat sebagai peneraju baru pentas peragaan pada musim-musim seterusnya apatah lagi raut wajah masing-masing mewakili genre cantik yang tidak konvensional. Unik dari segi warna kulit dan bangsa, aspek-aspek eksotik wajah model-model baru ini nyata memberi lebih impak dan menyerlahkan attitude yang tersendiri dalam setiap himpunan yang diperaga. Aizat Aidid menyenaraikan lima ​model baru terhangat ​yang mula menampakkan taring di Minggu Fesy​en New York.   DILONE   DILONE Agensi: DNA Models Tempat Lahir: Long Island, Amerika Syarikat Instagram: @_dilone Dia mahu menjadi pelakon dan menjadikan Madonna sebagai idola serta memasang angan-angan untuk menyanyi rap bersama Drake!   YUKA MANNAMI   YUKA MANNAMI Agensi: The Society Management Tempat Lahir: Mie, Jepun Instagram: @nijihan Dicungkil melalui Instagram oleh Donna Models, peragawati ini pada mulanya belajar untuk menjadi penari balet.  

ARTIKEL BERKAITAN GAYA JALANAN DI NYFW

  ELIZABETH MOORE   ELIZABETH MOORE Agensi: Next New York Tempat Lahir: Zionsville, Amerika Syarikat Instagram: @lizannemoore Alessandro Michele, Pengarah Kreatif Gucci menjadikan Moore sebagai peragawati eksklusifnya di Milan buat musim yang lepas.   SOFIA SANOH   SOFIA SANOH Agensi: Women Management Tempat Lahir: Odense, Denmark Instagram: @sofiasanoh Minat dalam bidang psikologi dan sering membaca buku tentang itu sehingga jika ada masa terluang dia akan habiskan masa membantu orang yang mempunyai gangguan mental.   BARBARA VALENTE   BARBARA VALENTE Agensi: Wilhelmina New York Tempat Lahir: Bahia, Brazil Instagram: @babivalen Walaupun hanya mendapat tempat ketiga untuk pertandingan The Look of the Year 2014, Valente Berjaya memikat hati Miuccia Prada lantas mendapat kontrak eksklusif Prada musim lalu.