8 Gaya Moden Ala Eva Chen,@evachen212 Patut Cuba
We’re Not Really Strangers x Valentino, Bicara Kepositifan dan Kebersamaan
Fesyen Karpet Merah Anugerah CFDA 2018 Menggegarkan Kota Brooklyn
Beg Prada Dada Bentuk Gaya Sofistikated Wanita Moden Musim Kini
HAPPY 80TH ANNIVERSARY, COACH!
Home > Fesyen > Model Berusia 85 Tahun Carmen Dell’Orefice Memperagakan Adi Busana Guo Pei

Model Berusia 85 Tahun Carmen Dell’Orefice Memperagakan Adi Busana Guo Pei

Siapa sangkakan pada usia 85 tahun, model professional Carmen Dell’Orefice masih lagi boleh beraksi di aats pentas peragaan dan bukan calang-calang pentas peragaan juga. Model tersebut berkesempatan bergaya di atas pentas peragaan untuk pertunjukan Adi Busana Musim Bunga 2017 pereka ternama Guo Pei pada minggu lalu sebagai penutup pertunjukan tersebut.

 

Carmen Dell’Orefice semasa Pertunjukan Adi Busana Musim Bunga 2017 Guo Pei.
Foto: Gaetano Piazzolla/Pacific Press

Carmen yang memulakan kerjaya pada tahun 1940-an telah menempa nama dalam dunia fesyen sebagai seorang model yang berkaliber dan pernah menghiasi beberapa muka hadapan Vogue sepanjang kerjayanya. Bersempena dengan hair lahirnya pada tahun lepas, majalah Vogue telah pun meraikannya dengan mempamerkan foto-foto Carmen daripada arkib Vogue ketika beliau masih muda.

 

“Tiada apa yang nostalgik mengenai rupanya. Carmen telah berubah mengikut masa, membuatkan dia bukan sahaja si cantik yang klasik, tetapi seorang yang ikonik,” kata rencana tersebut.

 

[envira-gallery id=”61339″]