Most GLAM 2023: The Fashion Superstars!
By
Aizat Aidid
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio|
Nov 01, 2023
Most GLAM 2023 membariskan wanita-wanita yang punya stail dan berkarakter dinamik selari dengan tema utama The Fashion Superstars.
Fesyen menjadi nadi utama buat GLAM dan buat tahun 2023, majalah glamor ini kembali kepada akar umbinya dalam meraikan wanita yang punya cita rasa stail yang hebat. Tahun ini Most GLAM 2023 menghimpunkan 10 wanita yang luar biasa dan mempunyai citra fesyen yang mengagumkan. Bukan sahaja mempunyai gaya tersendiri, malah mereka ini adalah wajah stail sekarang. Juita ini diangkat kerana mampu menzahirkan definisi baharu stail sekarang tanpa kompromi dengan apa yang warga luar mahukan. Kecekalan juita muda ini dalam menyelusuri jalan gaya ikut rentak mereka sendiri nyata memberi inspirasi kepada GLAM. GLAM bersama Longines selaku penaja utama acara gilang gemilang ini membawa kan arus glamor yang mengikut era semasa. Dalam dunia cukup moden ini, wanita yang punya stail bukanlah dalam satu acuan yang sama. Mereka ini mempunyai identiti tersendiri juga cukup selesa dengan apa yang pertontonkan kepada khalayak. Maka, bintang-bintang inilah yang selayaknya diangkat dalam senarai The Fashion Superstars oleh GLAM. Nama yang diraikan buat Most GLAM 2023 adalah Amelia Henderson, Alicia Amin, Daiyan Trisha, Eyka Farhana, Jasmine Suraya, Nia Atasha, Shalma Ainaa, Ummi Nazeera, Vanizha Vasanthanathan dan Zahirah MacWilson. Seperti setiap isu Most GLAM, pastinya kami akan cuba tampilkan sesuatu yang unik serta segar. Gambar dirakam dalam nada yang lebih elegan, lantas mampu mempamerkan kejelitaan moden yang dimiliki oleh bintang-bintang pilihan kami ini. Lensa Chuan Looi kembali beraksi buat GLAM, langsung memberi erti moden dalam setiap imej yang dihasilkan bersama garapan gaya idea oleh Pengarah Kecantikan, Julia Azman serta Pengarang Fesyen, Johan Kassim. Idea quite luxury diketengahkan buat isu kali ini, selari juga dengan trend semasa yang mana wanita glamor sekarang tidak mahu lagi tampil berat dengan solekan dan dandanan yang berlebih-lebihan. GLAM berbesar hati mampu berkolaborasi bersama orang kreatif dunia kecantikan iaitu KF Bong, Sahir Sabri, Ckay Liow dan Yusof Ruzaimi bagi mencapai idea kecantikan yang elegan ini di lembaran Most GLAM 2023.KENALI BINTANG MOST GLAM 2023
AMELIA HENDERSON – Pelakon & Pengacara
GLAM adalah… Keluarga bagi saya kerana sudah banyak kerja yang kami lakukan bersama. Saya cukup bersyukur dengan sokongan yang diberikan.
ALICIA AMIN – Pelakon & Peragawati
Momen fesyen peribadi yang terpahat di hati?
Paling terpahat adalah dapat merakam kulit majalah bersama GLAM di dalam persalinan Chanel. Biarpun ketika itu masih di era pendamik, tetapi kita berjaya melaksanakan tugasan buat GLAM bersama.
DAIYAN TRISHA – Penyanyi, Pelakon & Pemuzik
Filem fesyen yang tersemat di hati kamu?
Semestinya yang ikonik adalah Clueless dan Devil Wears Prada. Gaya Alicia Silverstone buat filem Clueless cukup evergreen dan saya sangat sukakan Anne Hathaway. Cukup memberi rasa millennial!
EYKA FARHANA – Pelakon
Siapakah wanita glamor di mata kamu?
Semestinya ibu saya! Dia akan sentiasa bersiap cantik dari solekan hingga ke pakaian. Sejak kecil lagi kami sudah dididik untuk bercantik dan kadang-kadang ibu akan bertanya mengapa kami adik beradik tidak mahu bersiap cantik!
JASMINE SURAYA – Pelakon & Pengacara
Jika diberi peluang untuk membeli belah bersama siapakah yang menjadi pilihan?
Yuna! Kerana saya sukakan stail penyanyi itu. Yuna mempunyai mata fesyen dan boleh memberi tahu apa yang cantik dan buruk buat saya.
NIA ATASHA – Pelakon & Peragawati
Ada jenama fesyen yang menarik perhatian kamu?
Sekarang ini saya cukup meminati rekaan di Saint Laurent. Kerana selain siluet yang edgy ia masih memberikan rasa feminin.
SHALMA AINAA – Pengacara & Usahanita
Ada pembelian fesyen terbaru yang memberikan kesan?
Ada satu beg yang cukup istimewa daripada Chanel. Kerana saya baharu sahaja menonton dokumentari tentang Coco Chanel dan ia memberi inspirasi kepada saya. Apabila membeli beg itu, saya bukan hanya mendapatkannya kerana fesyen tetapi kisah legasi yang utuh disebalik jenama ini.
UMMI NAZEERA – Pelakon
Adakah selera fesyen kamu berubah?
Semestinya, apatah lagi sudah mengenakan hijab. Saya sekarang sukakan gaya yang lebih structured.
VANIZHA VASANTHANATHAN – Penari & Peragawati
Ada fashion faux pas yang kamu pelajari?
Perlu tahu untuk tidak bergaya terlalu kasual buat acara formal. Adalah sangat penting untuk tahu tema gaya yang ditetapkan buat setiap acara. Baca kad undangan dua kali untuk kepastian!
ZAHIRAH MACWILSON – Pelakon
Elegan adalah… Nilai yang classy, anggun dan fasih dalam cara kita mempersembahkan diri kita sama ada melalui perilaku dan rupa.
Artikel Berkaitan: Inspirasi Gaya Terbaik Ke Majlis Black Tie
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
