GLAM Kongsi 5 Inspirasi Nail Art Untuk Hari Valentine Ini
Bulan Februari adalah bulan cinta. Segalanya ingin diraikan termasuklah kuku anda. GLAM kongsikan 5 nail art inspirasi hari Valentine boleh anda gayakan bulan ini.
Jika sebut tentang Valentine, rona yang terus menangkap minda adalah merah. Rona ini cukup klasik dan menjadi simbol cinta daripada dahulu lagi. Namun, kami pasti tahun ini anda mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain namun masih ada suntikan romantik di dalamnya. Dan hari ini, ramai yang tidak lagi memilih sekadar mengoles rona merah utuh pada kukunya, ramai yang bijak dan mahukan gaya yang lebih moden. Mungkin sekadar memasukkan elemen merah pada dekorasi kuku, atau bahagian hujung kuku tatkala menggayakan nail art gaya french manicure.
Ayuh Lihat 5 Inspirasi Nail Art Pilihan GLAM
#3 Sweethearts
Buat anda yang mahukan riasan yang lembut dan tidak terlalu bold, anda boleh mencuba inspirasi nail art daripada Tom Bachik. Memilih rona merah jambu dan selita rona putih cukup berbeza daripada rona biasa kuku bulan cinta.
Gambar: Instagram @tombachik
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
