Beg Tangan Musim Ini: PRADA Galleria
Penampilan Blake Lively Di Tayangan Perdana It Ends With Us Mencetuskan Gaya Simbolik
Gaya Karpet Merah Boleh Membinasakan
Deretan Gaya Selebriti Di Gala BoF 500
Anggun Di Aildilfitri Bersama FERN: The Orchid Series
Home > Fesyen > Nostalgia Ampang: Inspirasi Syomirizwa Gupta

Nostalgia Ampang: Inspirasi Syomirizwa Gupta

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Khas Buat Wanita Segala Musim, Rekaan Terbaru Syomirizwa Gupta Sempena Aidilfitri, “The Ampang Girls” Diinspirasikan Daripada Nostalgia Daerah Ampang

Popular dengan rekaan penggunaan warna serta corak terang, segar dan bersemangat, Syomirizwa Gupta kembali dengan koleksi terbarunya khas buat Raya tahun 2021 ini yang diberi nama “The Ampang Girls”. Memori yang penuh nostalgia, daerah Ampang yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini menjadi inspirasi buat pengarah kreatif jenama ini, Syomir di samping mengekalkan elemen-elemen rekaan signature beliau.

Nostalgia Ampang: Inspirasi Syomirizwa Gupta

Koleksi “The Ampang Girls” terdiri daripada sepuluh rekaan terbaru terdiri daripada baju kurung tradisional dan moden, kebaya, rekaan kaftan yang begitu popular, baju Kedah dan beberapa ceraian boleh disuai-padan bersama item-item lain yang menjadi pilihan dalam koleksi persendirian anda.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse