Kediaman – Sentuhan Harmoni Tropika
GLAM Deko Trend – Kelengkapan Dapur Berkemasan Pusam
Transformasi Mewah Arca Seni Louis Vuitton Les Extraits
Ruang – 15 Reka Bentuk Dapur Saiz Kecil
Sajian – Menu Makan Tengahari Terbaru di Pince & Pints Kuala Lumpur

Nostalgia Chinatown di Four Points By Sheraton, Kuala Lumpur

Destinasi ideal buat warga kota dan juga penduduk setempat untuk berlibur hujung minggu bersama keluarga. Four Points by Sheraton, Chinatown Kuala Lumpur, membuka pintunya Disember 2019. Mengetengahkan elemen tradisi yang mengangkat kembali zaman kegemilangan Pekan Cina (Chinatown), hotel yang berlokasi di Jalan Petaling (Petaling Street) ini menonjolkan seni bina moden dengan perincian dekorasi sentuhan moden bersemi oriental klasik.

Struktur seni bina berteraskan reka bentuk moden menjadikan Four Points by Sheraton, Chinatown Kuala Lumpur mercu tanda baharu di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Terletak strategik di Jalan Petaling (Petaling Street), sesuai sebagai destinasi percutian hujung minggu bersama yang tersayang.

 

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
Ruang tamu untuk kamar Premium Suite direka bersekali untuk memastikan tetamu dapat menikmati sepenuhnya percutian ideal bersama keluarga dan yang tersayang.        
5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse