Loading media...

Unable to load content
Dress Duchess of Cambridge Oleh Alexander McQueen Menjadi Isu
CHANEL Kembali Ke Singapura Untuk Pertunjukan Replika Cruise 2025/26
Kering Eyewear Malaysia Kini Di Pavilion Kuala Lumpur
Speedcat Serta Apa Lagi Gaya Berani Rosé?
Victoria’s Secret Menerima Sentuhan Magis Balmain + Koleksi Kapsul Bersama!

Obsesi Fesyen: Qalisha Ray

Kepuasan wanita tidak hanya terletak pada cinta semata kerana mereka kini lebih bijak memanjakan diri dengan mendapatkan apa kehendak hati.GLAM menjemput rupawan Kuala Lumpur bercerita tentang memori aksesori yang cukup jauh terbuku dalam hatinya.

qalisha

 

Qalisha Ray suatu ketika dulu namanya pernah menjadi sebutan di dalam layar industri seni dengan lagunya berjudul Bebaskanlah Cinta. Empayar perniagaan yang diberi nama Lulwahijab, menjual koleksi hijab yang menjadi trend hijabista.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Beg klasik apa pelengkap gerobok aksesori wanita?

Penting buat wanita mempunyai pilihan beg klasik yang pelbagai kerana ia tidak telan dek zaman dan boleh digayakan setiap musim. Maka tidaklah membazir untuk wanita membelinya kerana biarpun sudah masuk usia 20 tahun, beg itu kekal klasik sepanjang zaman. Sejujurnya, beg sebegini boleh diturunkan kepada anak atau cucu perempuan dan biar mereka tahu menghargainya pula. Pilihan saya tentu sekali beg flap di Chanel atau koleksi Birkin bersaiz 30 di Hermes.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse