Palet – Trivia Warna Neutral Coklat
Mengundang rasa hangat, selesa dan mewah – nuansa warna coklat tidak pernah pudar dari radar trend interior. Mudah disuai padan dengan apa jua warna, tekstur, material dan corak; coklat boleh diguna pakai untuk mana-mana ruang kediaman.
TRIVIA WARNA
- ILUSI VISUAL – Warna coklat cerah berupaya membalikkan cahaya sekali gus menampakkan visual ruang lebih luas.
- SPEKTRUM WARNA – Tona warna coklat boleh dipilih mengikut kepekatan atau kecerahan yang diingini. Coklat cerah seperti nude atau beige lebih mudah diguna pakai dan malar segar untuk ruang tamu dan kamar beradu.
- PADANAN MATERIAL DAN FABRIK – Pilihan warna coklat tidak mengehadkan pemilihan material atau jenis fabrik tertentu. Jika mahu memaparkan gaya moden, pilihan aksesori metal berkilau seperti kaki lilin atau dulang membantu membangkitkan konsep moden. Manakala bagi jenis fabrik, anda boleh memilih jenis kapas atau kapas linen berpaten dengan teknik potongan laser atau sulaman.
- PERINCIAN – Wood paneling atau wainscoting boleh dipasang pada dinding polos yang dicat warna coklat, agar dinding tidak kelihatan membosankan selain menyuntik aura moden kontemporari.
- PERCIKAN WARNA Serlahkan pesona diri menerusi padanan warna-warna terang seperti hijau zamrud, biru gelap, kuning mustard atau pink fuchsia menerusi pemilihan perabot dan aksesori bagi membangkitkan latar polos coklat.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
GLAM Horologi
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
Gaya Hidup
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
GLAM Horologi
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
GLAM Horologi
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Cantik
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Fesyen
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026
Gaya Hidup

