Ruang – Pilihan Permaidani Buat Ruang Kediaman
Muzium Seni Moden Pertama di Jakarta
Libur – Tiarasa Escapes Ideal Bersama Tersayang
Santai – Plane in the City Kuala Lumpur
Rekaan Hebat – Definisi Emblem Mewah

Palet-Trivia Warna Sinergi Kuning

Teks: Nadia Zolkifli

Kuning mampu menebarkan tenaga eksotika, sensasi segar dan rasa tekstur tropika. Campuran warna biru firus, hijau gelap dan oren diselangi aksen keemasan atau tembaga dapat menerbitkan ruang tamu, ruang makan dan kamar mandi dalam suasana santai berkarakter.

Trivia Warna Kuning :

  1. Kuning salah satu warna neon. Perlahankan sinergi kuning dengan padanan spektrum warna neutral seperti coklat gelap, kelabu dan putih pada penggayaan aksesori; sarung kusyen, kemasan lembut, lampu meja.
  2. Kemasan kertas dinding bercorak kuning pada dinding fokal di kamar beradu dapat mencetuskan impak dramatik.
  3. Campuran warna-warna terang lain; merah samar, biru firus, hijau pucuk pisang menerusi pilihan warna perabot meja konsol, kerusi berlengan atau sekadar pouf untuk gaya eklektik segar.
  4. Bagi menjadikan kuning kelihatan lebih lembut, pilihan perabot kayu berwarna coklat cerah bersama hamparan permaidani linen dilihat menjadi.
4 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pasu tanaman Okura, Jonathan Adler hadir dalam tiga warna bergaya yakni kuning, oren dan biru buat menghidupkan pokok di kediaman.
4 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse