Royal Selangor Melancarkan Koleksi Baharu Sempena Musim Luruh
Sinergi Kosmopolitan CitizenM KL
Trend – Seni Tenunan Pelengkap Gaya Dekorasi
Pernahkah Sukan Olimpik Dibatalkan? Inilah Sejarah
Palet-Trivia Warna Coklat Karamel
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Resipi Panna Cotta Yogurt Greek Bersama Feuillet Beri

Resipi Panna Cotta Yogurt Greek Bersama Feuillet Beri

Teks: Nadia Zolkifli Penyelaras, Konsep, Arahan Seni & Penata Gaya: Afiq Khairudin Gambar: Wan Izhar (One Digital Solution)   Panna Cotta Yogurt Greek Bersama Feuillet Beri1   Panna Cotta Yogurt Greek Bersama Feuillet Beri oleh Firdaus Hanan   Bahan-bahan 2 ¼ sudu gelatin tidak berperisa 2 sudu besar air sejuk 1 cawan krim padu (heavy cream) 1/3 cawan gula 1 batang vanilla diambil biji 2 cawan yogurt Greek (boleh gunakan jenama Fage Total) Strawberi dan beri   Cara menyediakan
  1. Taburkan gelatin ke dalam periuk berisi air sejuk. Biarkan sehingga gelatin lembut selama lima minit.
  2. Masak krim, gula bersama biji vanilla di dalam periuk sehingga mendidih. Alih periuk dari api, kemudian, masukkan gelatin. Kacau sehingga gelatin cair.
  3. Di dalam mangkuk lain, pukul yogurt sehingga gebu. Perlahan-lahan masukkan krim vanilla tadi.
  4. Tuang adunan ke dalam enam cawan ramekins (memenuhi setengah acuan) dan biarkan di dalam peti sejuk selama tiga jam atau sehingga adunan mengeras.
  5. Keluarkan panna cotta dari ramekin menggunakan pisau. Goyangkan ramekin untuk melonggarkan panna cotta.
  6. Hidangkan bersama buah strawberi dan beri.