Pat McGrath Dan Taylor Swift Dalam Video Muzik “Bejeweled”
Bejeweled Beauty di mata Pat McGrath
Kongsi Pat bersama Vogue,
Proses yang berlangsung untuk menyiapkan solekan muzik video ini sama seperti proses persiapan untuk pertunjukan haute couture. Taylor juga sangat obses dengan mekap. Pengetahuannya terhadap solekan sangatlah menakjubkan.
Pat bekerja rapat dengan Taylor untuk keseluruhan beauty look, daripada pemilihan rona pembayang, celak, kristal hinggalah ke bulu mata. Dia menggunakan palet Mothership X: Moonlit Seduction serta Mothership IV: Decadence Pallete untuk semua solekan Taylor.
The Bejeweled beauty is all about exaggeration, elegance, and extravagance.
Tidak berhenti memuji, ternyata Pat amat mengagumi kesungguhan Taylor dalam menghasilkan sesuatu karya. Seperti yang kita tahu, untuk muzik video “Bejeweled” ini, ianya adalah arahan sepenuhnya oleh Taylor Swift sendiri.
Kata Pat,
Pautan Berkaitan: Dua Lipa dan Permaisuri Camilla Bertemu di Majlis Booker PrizeTaylor mengurus semuanya sendiri, dia sangat baik, bertimbang rasa dan mudah bekerjasama dengannya. Dia benar-benar kreatif.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
