Patek Philippe Menambat Hati & Naluri Wanita Dengan Ladies Chronograph Ref. 7150/250R-001

Patek Philippe Ladies Chronograph Ref. 7150/250R-001
Mengeluarkan jam tangan wanita pertama mereka pada tahun 2009 dengan Ladies First Chronograph Ref. 7071, Patek Philippe meneruskan usaha mereka untuk menawan minat golongan wanita dengan rekaan jam tangan mereka yang penuh klasik nan mewah.
Tidak menghiraukan jenama lain yang bersaing untuk menghasilkan jam tangan paling canggih terkini, Patek Philippe memberi lebih fokus kepada fungsi jam tangan klasik dan rekaan yang tidak lapuk dek zaman namun pada masa yang sama, senantiasa segar di fikiran orang ramai.
Puteri terbaru mereka, Ladies Chronograph Ref. 7150/250R-001, telah diberi wajah baru di mana case ros merah yang elegen bersaiz 38mm bertatahkan 72 berlian pada set bezel yang melengkapkan rekaan cukup bergaya dengan butiran vintaj. Dail perak opalin turut diserlahkan dengan stail kontemporari yang jelas pada tangan jam dan minit ros merah Breguet. Look jam ini juga terut terselah dengan tali jam kulit buaya berona kelabu dengan buckle ros merah yang berkilau dengan perincian 27 berlian.
Ladies Chronograph Ref. 7150/250R-001 juga merupakan satu-satunya chronograph dalam koleksi jam tangan wanita mereka.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
