Inspirasi GLAM: Evita Delmundo, Keyakinan Gadis Bertompok Hitam
GLAM Expose: Mengupas Strategi Seorang Social Climber
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Retorik: You Can’t Sit With Us
Tip Senaman Trainer Selebriti

Pereka Fesyen Michael Anthony Merealisasikan Gaun Puteri Disney Dalam Bentuk Adi Busana

Bagi mereka yang membesar dengan watak-watak terkenal daripada francais ternama Disney pasti pernah menyimpan angan-angan untuk memakai gaun-gaun yang dipakai oleh puteri-puteri Disney seperti Ariel, Jasmine, Belle, Cinderella dan ramai lagi.

 

Seorang pereka fesyen yang juga merupakan peminat Disney telah berkongsi satu koleksi yang diinspirasikan oleh puteri-puteri tersebut. Lakarannya pula bukan lakaran gaun-gaun yang boleh dilihat tatkala Halloween menjelang, tetapi beliau telah melakar rekaan gaun mereka dalam bentuk adi busana yang anggun.

 

Lakaran adi busana yang dihasilkan oleh Michael Anthony ini terdiri daripada gaun untuk watak kegemarannya dalam kalangan puteri-puteri Disney, Cinderella sehinggalah ke watak ikonik Puteri Leia dari Star Wars.

 

Michael memberitahu Digital Spy bahawa watak-watak ini merupakan ikon fesyen yang mencetus minatnya untuk menceburi bidang fesyen. Dia juga menekankan bahawa dia cuba menerapkan ciri-ciri klasik dan kontemporari puteri-puteri ini dalam rekaannya.

15 of 15Next

14. Leia (Star Wars)

15 of 15Next

14. Leia (Star Wars)