Suitcase Diaries: Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah di Perancis
Himpunan Lokasi Terbiar Yang Anda Harus Lawati
Rahsia Tranformasi Fizikal Adele Kini Bukan Lagi Rahsia
10 Supermodel dengan Bayaran Tertinggi Di Dunia.
Korner Mak Datin: Ketagih Surgeri ‘Buat Muka’, Datin Jadi Bahan Ketawa
Home > GLAM Life > Perkahwinan Putera Carl Philip Bersama Sofia Hellqvist

Perkahwinan Putera Carl Philip Bersama Sofia Hellqvist

The wedding of Prince Carl Philip and Sofia Hellqvist, Royal Palace, Stockholm, Sweden - 13 Jun 2015Gambar: TPGVIP

  Bagai pinang dibelah dua! Perkahwinan antara Putera Raja dari Sweden, Carl Philip bersama bekas bintang realiti juga peragawati, Sofia Hellqvist berlangsung dalam suasana cukup indah laksana kisah dogeng.  

The wedding of Prince Carl Philip and Sofia Hellqvist, Royal Palace, Stockholm, Sweden - 13 Jun 2015Gambar: TPGVIP

  Perkahwinan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen di negara itu merakamkan momen manis buat tatapan rakyat jelata. Majlis yang berlangsung di sebuah istana Stockholm itu turut disaksikan ribuan rakyat yang setia menanti di luar istana.  

Wedding of Prince_Carl_Philip and Sofia_HellqvistGambar: TPGVIP

  Sofia Hellqvist menyarungkan gaun sutera dan renda dengan leretan kain panjang rekaan pereka fesyen Sweden, Ida Sjostedt. Sewaktu berjalan ke arah Prince Carl, Putera itu dilihat mencuba untuk menahan dari mengalirkan air mata.  

Wedding of Sofia_Hellqvist and Prince_Carl_PhilipGambar: TPGVIP

  Pasangan itu kemudiannya diarak menaiki kereta kuda melalui sekitar bandar lama Stockholm sambil melambai ke arah rakyat jelata yang menanti di sekitar jalan. Ianya kemudian diiringi dengan 21 das tembakan serta makan beradab.   Bibit cinta antara Putera Carl dan Sofia dikatakan bermula apabila mereka bertemu di sebuah restoran pada tahun 2010. Mereka kemudiannya mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu.