Berdepan Wabak Corona, Di Mana Keluarga Presiden Trump?
Presiden Donald Trump kekal menetap di Washington D.C. bersama-sama First Lady, Melania Trump dan anak remaja lelaki, Barron Trump. Memandangkan hampir semua negara di seluruh dunia melaksanakan sekatan ke atas perjalanan dan menangguhkan kerja yang tidak penting dalam usaha untuk memperlambat penyebaran wabak Coronavirus, keluarga Presiden Trump tetap berada di Washington, D.C. untuk bersama-sama rakyat Amerika.

Presiden Donald Trump, First Lady, Melania Trump bersama-sama Barron Trump.
Presiden Trump yang baru-baru ini mendapat kritikan pedas atas dasar pentadbirannya mengenai wabak ini tetap menjalankan tugas seperti biasa. Setakat ini Trump telah menghadiri taklimat sidang akhbar di White House untuk mengemas kini negara mengenai langkah yang diambil oleh kerajaan Persekutuan untuk memerangi jangkitan dan memberi kelegaan kepada rakyat.

Keluarga Besar Donald Trump.
White House juga turut mengesahkan bahawa First Lady, Melania Trump akan tampil dengan kempen kesedaran awam tentang virus Covid-19. Melania menerusi ucapan di laman sosial Instagramnya, “Walaupun perubahan perlu dibuat sekarang, ini bukanlah bagaimana kita akan hidup selama-lamanya. Anak-anak kita akan kembali ke sekolah, rakyat akan kembali bekerja, kita akan berkumpul di tempat ibadat, konsert dan acara sukan semula tidak lama lagi.”
https://www.instagram.com/p/B969Dw2Aiew/
Dalam kemelut wabak ini, Melania turut sempat menyampaikan ucapan selamat hari jadi kepada anak lelakinya, Barron yang berusia 14 tahun. Namun Presiden Trump tidak memberikan reaksi secara terbuka kepada Barron, sebaliknya hanya berkongsi maklumat bersama anaknya mengenai wabak Corona. “He says, ‘How bad is this?’ It’s bad, it’s bad,” the president, 73, continued. “But we’re going to be hopefully a best case, not a worst case, and that’s what we’re working for.”- Donald Trump.
Ivanka Trump, anak sulung presiden, dan suaminya, Jared Kusnher, juga dikhabarkan berada di ibu kota. Ivanka, 38, kembali bekerja di White House pada hari Jumaat selepas ujian negatif untuk coronavirus. Dia sebelum ini pernah berhubung dengan seorang pegawai Australia sebelum dia menguji positif. Suaminya, seorang penasihat kepada presiden, berada di D.C di mana dia dilaporkan terlibat dalam tindak balas pentadbiran berkaitan virus Corona. Kusnher telah menghadiri beberapa mesyuarat dan sidang akhbar yang berkaitan dengan pandemik di White House.
https://www.instagram.com/p/B91WUauBz1O/
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
