Christian Louboutin buat filem?

Bagi meraikan ulang tahun ke-85 dalam penuh gaya, Christian Louboutin telah menawarkan bakatnya untuk menghasilkan filem berilhamkan jam tangan Reverso yang ikonik daripada Jaeger-LeCoultre.
 

image003

Di sebalik tabir Filem Reverso


 
Bintang ternama, Elisa Sednaoui telah dipilih sebagai pelakon utama dalam filem Reverso oleh Christian Louboutin ini. Sednaoui memainkan peranan sebagai wanita glamor yang memiliki gaya hidup menarik, menjadikan habit bertukar jam tangan sebagai momen penting dalam agenda hariannya. Louboutin sendiri turut muncul dengan menyarungkan pelbagai jam Reverso Scarababe di pergelangan tangan Elisa Sednaoui. Satu tindakan mesra yang membuatkan jam-jam tersebut kelihatan seolah-olah hidup di mata penggunanya.
 
“Filem pendek ini adalah refleksi kepada keupayaan minda tentang peredaran masa. Seperti heroin di dalam filem pendek ini, yang menunggu hari untuk berlalu dengan menyelesaikan tugasan seperti membakar kek, menanti untuk kurier tiba namun apabila tiba masanya rakan heroin itu muncul, masa berlalu dengan begitu cepat. Ini menunjukkan bahawa setiap kali kita bersama orang tersayang, kita kaan merasakan hari kita berlalu dengan cepat,” terang Olga de Grece, pengarah kepada filem pendek ini.
 
Bagi Elisa Sednaoui, “Reverso merupakan kombinasi sempurna keanggunan dan minimalism. Ia sangan bergaya, permata yang benar yang melengkapkan mana-mana pakaian. Ia telah menjadi peneman waktu siang dan malam dan juga menjadi perhatian di karpet merah.”
 
image008

Di sebalik tabir Filem Reverso


 
Reverso oleh Christian Louboutin

Pereka kreatif Christian Louboutin telah mengubah model Reverso dengan mencipta koleksi yang berbeza sesuai dengan personaliti model Reverso sama seperti pereka barang kemas yang memastikan setiap barang kemas yang direka mempunyai identiti tersendiri. Koleksi Reverso kali ini menampilkan aura ultra feminine sesuai untuk sesebuah acara atau malam temu janji yang tidak dapat dilupakan. Terdapat dalam dua saiz, Reverso Classic Duetto yang dipilih untuk transformasi ini masih mengekalkan lambang muka di bahagian depan dengan gaya klasik garis Art Deco manakala di bahagian belakang, dirangka dengan dua baris berlian di setiap kiri dan kanan dail jam tersebut menambahkan lagi sentuhan istimewa dari Christian Louboutin yang di ilhamkan sehingga ke tali jam tersebut.
 

POST A COMMENT