Covid-19: Ikon Fesyen Donatella Versace Sumbang 200,000 Euro
Susulan wabak Covid-19, Itali menjadi negara seterusnya yang mencatat kes kematian yang tinggi, merekodkan 250 kematian dalam 24 jam, menjadikan ia negara kedua tertinggi dari segi kematian harian selepas China. Kerajaan Itali minggu ini melaksanakan langkah drastik menutup bar, restoran dan kebanyakan kedai, selain menyekat perjalanan yang tidak penting dalam usaha menangani penularan wabak, di mana Wilayah Lombardy yang paling teruk terjejas juga menyaksikan penutupan sepenuhnya kilang dan pejabat.
Oleh itu, ikon fesyen Donatella Versace, CEO kepada jenama fesyen terkemuka Versace bersama anaknya, Allegra Versace telah menyumbangkan sebanyak 200,000 Euro buat jabatan rawatan intensif hospital San Raffaele di Milan, Itali. Perkara ini diumumkan oleh beliau sendiri menerusi hantaran di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Donatella, dan anak perempuannya, Allegra Versace. (Foto; Getty Images)
https://www.instagram.com/p/B9rz2tHIbEl/
Jelasnya, “Kami bersimpati dengan semua orang yang telah terjejas oleh penyakit ini. Dan buat semua doktor dan kakitangan perubatan yang telah berkhidmat bertungkus lumus dalam beberapa minggu yang lalu dalam usaha menjaga orang yang kita sayangi. Ini adalah masanya untuk kita, sebagai masyarakat, perlu berjuang bersama dan menjaga satu sama lain”.
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
